Saturday, March 28

Bukit Selambau - Calon favorites Bebas Tarik diri

Drama Bukit Selambau makin kencang. Menurut sumber, seorang bakal calon bebas Hj Redzuan telah berjaya dipujuk oleh PKR untuk tarik diri.

Hj wan adalah bekas Ajk PKR Bahagian Sg Petani. Beliau mempunyai pengaruh yang luas dikalangan penduduk Sg Petani dan Bukit Selambau.

Dikhabarkan Anwar Ibrahim sendiri telah bercakap memujuk Hj wan untuk beliau menarik diri. Beliau mungkin telah dijanjikan sesuatu untuk tujuan itu.

Hj wan dijangka akan mengumumkan penarikan diri beliau malam ini atau awal pagi esok.

Ini lah taktik politik. Taktik pujuk libas, pujuk kawan, pujuk makan.

Kepada calon-calon bebas yang lain, mereka perlu menghayati pepatah Melayu, kalau kail panjang sejengkal usah diduga lautan dalam ; kalau takut dilambung ombak usah berumah ditepi pantai ; jangan hangat-hangat tahi ayam.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

TAIPINGMALI said...

Tu masuk dalam kategori rasuah juga la