Saturday, March 28

Perhimpunan Umno - pemimpin masih tidur?

PILIHAN PERTAMA dan UTAMA - Ds Shafie Afdal berikrar untuk membawa parti menjadi pilihan pertama dan utama kepada umat Melayu.

KEMBALI BERPOLITIK-Menteri Pelajaran DS Hishamuddin cadang supaya guru kumpulan A dibenar aktif berpolitik bagi bolehkan kepakaran mereka digembeleng untuk kuat kan semula perjuangan UMNO.

Cadangan ini katanya sesuai dengan peranan guru dalam politik di awal kemerdekaan negara.

SEJARAH BESAR-Tepat jam 12.25 Tun Dr Mahathir muncul di Dewan Merdeka disambut tepukan gemuruh perwakilan UMNO ketika TS Muhyiddin sedang berucap.

Muhyiddin dalam ucapan sifatkan kehadiran Dr M pengiktirafan kepada kepimpinan DS Najib.

Saya percaya Tun akan masuk UMNO secara rasminya hari ini, kata beliau.

PERANAN KOPI - 'Dia bangun sebelum kita bangun, tapi kena juga pastikan dia tidur sebelum kita tidur' peranan pelbagai kopi yang diungkapkan oleh Ds Najib.

PIDATO HEBAT - Beberapa pidato hebat telah menyemarakkan ucapan penangguhan Persidangan Umno. Antaranya adalah ucapan Ds Shafie Afdal, Rosnah dan Ts Muhyiddin Yasin.

Namun ada juga yang masih ditakuk lama, meleret dan meraban, bodek dan mengampu. Ada juga yang macam raja sarkas.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: