Sebagai Exco, mereka menikmati kemudahan kehidupan. Gaji dan elaun mencecah hampir RM 20,000 sebulan. Kereta Perdana atau Camry disedia. Pemandu dibayar gajinya. Kakitangan dipejabat Exco dan Dun ditanggung gajinya. Peruntukan khas Exco diberikan mencecah RM 500,000 setahun. Dan banyak lagi kemudahan Exco ni.
Tiba-tiba mereka letak jawatan. Kenapa yer? Disangka panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari.
Exco PKR ada sebab yang tersendiri mengapa mereka letak jawatan.
Bukit Selambu, Arumugam letak jawatan kerana beliau kehilangan 'kunci' nya. Alasan rakyat biasa dengar di Pilihanraya Kecil Bukit Selambau.
Bukit Lanjan, Elizabeth letak jawatan kerana skandal gambar bogel. Dia mengaku itu gambar dia.
Penanti, Fairus letak jawatan Exco dan Timbalan KM Pulau Pinang kerana 'tiada sebab' katanya. Ada yang kaitkan dia letak jawatan untuk lanjutkan pelajaran. Ada yang kata sebab politik dalaman PKR Penang. Ada yang kata sebab dia ada masalah peribadi. Tak tahu lah alasan yang sebenarnya.
Cuma rakyat terkilan, kenapa dalam setahun sampai tiga orang Exco PKR Negeri letak jawatan. Rakyat membaca Adun-adun PKR ini terlibat dengan skandal yang sangat peribadi yang melibatkan akhlak, disiplin dan rahsia diri.
Kita memerlukan pemimpin yang bersih. Kita memerlukan parti yang bersih. YB dipilih untuk bentuk kerajaan. Kerajaan dibentuk untuk pembangunan, kemajuan, keamanan negara dan keharmonian rakyat.
Tentunya Rakyat tidak mahu YB dan parti yang hanya pandai berretorik. Cakap kosong macam tong kosong.
Tentunya Rakyat mahukan YB dan parti yang benar-benar bersih. Bukan parti yang kelihatan bersih, tetapi ...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment