Mereka mewakili 15 PKR Bahagian di Kedah. Pertemuan berlangsung di Sg Petani. Pemimpin Melayu, Cina dan India hadir.
Mereka bertemu kerana rasa prihatin terhadap apa yang berlaku di Bukit Selambau. Mereka prihatin kerana pandangan akar umbi bahagian tidak lagi diendahkan oleh pimpinan atasan. Mereka rasa sudah seperti ditipu.
Mereka kesal kerana orang yang baru menjadi ahli parti diangkat menjadi calon di Bukit Selambau. Dia tak kenal perjuangan keadilan. Dia tak faham politik. Dia tidak ada grassroot.
Dia akan akhirnya jadi macam Fairus bekas Timbalan KM Penang, burn out. Dia akan jadi puppet kepada cakap pimpinan atas akhirnya.
Mereka juga kesal campur tangan berlebihan PKR Bahagian Sg Petani di Bukit Selambau. Calon, wang peruntukan, jawatankuasa, bilik gerakan, semua ditentukan oleh Sg Petani. Apa, Bahagian Merbok ini patung ke? Menurut mereka lagi.
Mereka mahu kuasa rakyat dihormati oleh pemimpin atasan PKR. Pemimpin atasan jangan lah bongkak dan keras kepala. Jangan lah baru setahun jadi YB sudah hidung tinggi dan cakap besar.
Dengar lah keluh kesah rakyat. Suara rakyat suara keramat. Menurut sumber lagi, mereka akan mengadakan pertemuan susulan di Bukit Selambau bagi memastikan suara rakyat dihormati.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
letak lah siapa pun.. kalau letak anwar ibrahim tak akan menang punya sebab rakyat sudah muak dengan tipu helah pkr dan pakatan rakyat. korang nak tahu tak kenapa anwar ibrahim letak manikumar kat bukit selambau, sebab ulamak luar negara dia yang suruh.
Post a Comment