Tuesday, March 17

Isytihar harta - batuk ditangga

Tahniah Khalid kerana buat pengisytiharan harta kepada umum. Isytihar harta yang batuk di tangga. Isytihar harta nak tunjuk transparent. Tetapi banyak lagi 'loop holes'.

Rakyat tak minta MB atau Exco atau Adun isytihar harta kepada media. Kerja media adalah periksa dan lapur.

Pendekatan BN adalah MB, Menteri, Exco, Ahli Parlimen, Adun isytihar harta kepada Perdana Menteri. PM adalah ketua eksekutif. Dia bertanggung jawab kepada seluruh kakitangan eksekutifnya.

Khalid buat dasar isytihar harta kepada umum. Bagus. Tapi alang-alang selak, selak lah semuanya. Nape nak selak suku-suku atau separuh-separuh sahaja. Selak lah macam YB Eli. Dia selak dan dia mengaku itu gambar dia.

Dalam pengisytiharan harta sepatutnya harta (kenderaan, hartanah, saham) yang dimiliki termasuk harta yang dimiliki oleh pasangan dan anak-anak juga wajib diisytihar oleh Khalid. Tapi tak de pun.

Khalid pernah kata, Lexus yang dia pakai itu kereta dia. Dia beli cash. Harga Lexus bukan 10 ribu, bukan 100 ribu tapi hampir 1 juta. Kalau itu kereta dia, kenapa Khalid tak isytihar?

Hartanah, kenapa Khalid juga tak isytihar banglo nya di Damansara. Adakah sebuah rumah sahaja yang Khalid miliki ? Ada orang kata dia ada lebih dari sebuah rumah.

Syarikat perniagaan, satu dunia tahu Khalid adalah 'corporate man'. Khalid dikatakan rapat dengan orang middle east, kenalan rapat Anwar. Khalid dikatakan pernah menjadi pengurus dana beberapa syarikat besar. Mesti untung syarikat ini besar kan.

Kenderaan, hartanah, saham, syarikat - Khalid masih berhutang dengan rakyat.

Khalid kena belajar bagaimana seorang Exconya Yaakob Sapari yang lengkap isytihar hartanya.

Kepada Khalid, rakyat nak beritahu alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi biar basah.

Jangan hangat-hangat tahi ayam. Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: