Tuesday, March 17

Terbaru - Ali KO & OUT

Umno semakin berani membuat pembaharuan dalam parti apabila membuat keputusan yang di luar jangka.

Lembaga Disiplin putuskan DS Ali Rustam bersalah dan dilarang bertanding atau dipilih pada pemilihan nanti.

KHAIRY JAMALUDDIN pula didapati bersalah tetapi diberi amaran. Lembaga Disiplin juga putuskan DS Khir Toyo tidak bersalah. Kedua mereka boleh bertanding.

Reform Umno jangan tak reform.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

KJ mengaku bersalah ke tidak ? Atau terkena jangkitan anwarism...konspirasi..

KJ dikonspirasi..

Tajuk tu tak sesuai kot dengan KJ.

Anonymous said...

Reform bukan sekadar untuk sebutan...tetapi ia mesti di realisasikan.

REFORM langkah pertama : dengan membuka seluas-luasnya ruang dan peluang kepada golongan profesional dan berpendidikan untuk bersama dalam kepimpinan arus perdana UMNO.

Sikap UMNO yang tidak memberi ruang kepada golongan tersebut, hari ini sedang memakan diri. UMNO hanya tinggal serpihan rakyat yang tercicir, sedangkan golongan pro yang berfikiran terbuka telah mengorak langkah bersama pihak lain.

kalau UMNO nak terus maju, maka berubahlah dengan gagah berani...bukan sekadar sebutan...

Anak Kampung said...

sdr kluangman

kj sangat bernasib baik. mungkin talian hayat yang telah membantunya.

mr anoy

reformasi umno dibawah Ds najib adalah usaha yang wajib dilaksanakan oleh presiden baru itu.

semua pihak wajar bersifat terbuka dan berbaik sangka terhadap usaha yang penuh kesedaran ini.

tak mudah untuk Ds Najib laksanakan. namun apa pilihan yang beliau ada? tiada jawapan yang lain kecuali satu iaitu REFORMASI.