Thursday, March 12

Mentaliti bangau oh bangau pembangkang

Kesusahan rakyat dalam kegawatan ekonomi malaya tidak pernah dihayati oleh parti pembangkang. Demonstrasi, boikot, engkau salah, aku betul - itu synonim dengan pembangkang di malaya.

Pemboikotan wakil rakyat PKR, PAS dan DAP pada sesi pembentangan pakej rangsangan kedua oleh Timbalan Perdana Menteri kelmarin membuktikan betapa low classnya dan low mentaliti sikap kumpulan MP pembangkang.

Yang DAP

KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng kecewa dengan perbentangan bajet ini kerana pakej rangsangan tidak diberikan secara langsung kepada rakyat.

"Saya rasa kalau betul-betul nak rangsangkan ekonomi, mesti berikan wang secara langsung kepada rakyat. "

Guan Eng minta kerajaan bagi terus duit kat rakyat! Ini jenis ekonomi ape yang cuba di ketengahkan oleh Dap. Ekonomi Robin Hood? jadi perompak, perjuangkan perompak dan bila perompak meninggal dunia bagi duit kat keluarga perompak !

"Pakej rangsangan ekonomi mesti membantu keluarga-keluarga yang susah supaya mereka ada wang untuk menanggung perbelanjaan harian," katanya. Ini bunyinya macam ekonomi marxis pulak.

"Saya kira beliau harus lebih berani sedikit iaitu bukan dengan ransangan RM60 billion tapi RM100 bilion" jelasnya lagi.

Wow RM 60 Billion sekadar melepaskan batuk ditangga?

Yang PKR

Anwar pula sebut, mana kerajaan dapat wang sebanyak itu. Itu banyak.

Tau pun banyak. Dah banyak ini pun Guan Eng kata tak cukup. Anwar kata cukup banyak.

Khalid nerd MP Bandar Tun Razak mengesahkan, dana RM60 bilion memang mencukupi. Namun pelaksanaan program yang dirancang itu dipersoalkan.

Kita nak tanya Khalid cara dia menguruskan wang anak syarikat Pkns untuk hal Lembu tu baik ke ? Kemas kan pejabat lah Khalid. Tunggu lah SPRM panggil ke mahkamah.

Yang PAS

Husam Musa pula persoalkan dari mana dapatnya RM 60 billion itu. Dia kata jumlah itu sangat banyak.

Salah ke merangsang ekonomi untuk kebaikan, kemudahan dan kesenangan rakyat.

Gitu pulak stail PAS. Kiri salah, kanan salah, semuanya salah.

Nyatanya MP PKR, DAP dan PAS punyai mentaliti yang sama. Low mentaliti yang menyalahkan orang lain. Mentaliti bangau oh bangau.

Mereka tak minat bangunkan ekonomi rakyat. Mereka perkecilkan kesusahan rakyat. Mereka kata proton kereta rakyat itu tak selesa. Pembesar mereka bergaya dengan Lexus dan Camry dalam kesusahan dan kepayahan rakyat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

sebelum dibentang dulu, ada kata bajet cuma RM10b. masa tu, guan eng kata tak cukup, kena tambah jadi RM50b.

tapi bila bentang RM60b, guan eng kata RM100b pulak. nampak sangat dia sore looser. kononnya khalifah abdul aziz..

depa ni kerja nak bangkang saja. tengok anwar sudahla, macamlah dia paling handal.