Wednesday, March 11

Terbaru : Pertemuan Pak Lah dan Anwar

TIADA AGENDA POLITIK demikian tegas PM DS Abdullah mengenai 'pertemuannya' dengan DS Anwar yang 'hangatkan isu politik' di Hulu Langat semalam. Dengan penegasan itu jelas lah terkubur usaha setengah pihak yang cuba menangguk di air jernih.

Tak payah nak tangguk lagi. Dah jelas jantan betina. Dah jelas jenis ikannya. Dah jelas berapa beratnya.

Maka persidangan Umno dan proses peralihan pimpinan Umno dan negara akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang sebelum ini.

Rakyat mempunyai keyakinan bahawa peralihan ini akan berlangsung penuh amalan tradisi Umno. Seperti mana peralihan kuasa dari Tunku Abdul Rahman kepada Tun Razak. Seperti peralihan kuasa dari Tun Hussein Onn kepada Tun Mahathir.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: