Sunday, March 8

PPSMI itu HANTU

PPSMI telah menjadi hantu kepada orang melayu. Seperti mana orang cina dan india melihat ketuanan melayu itu adalah hantu !

Itu reality, PRU 12 adalah bukti bagaimana orang cina dan india lebih mesra kepada PKR, PAS dan DAP. Sebab ketiga-tiga parti ini tidak memperjuangkan ketuanan melayu.

A Samad Said itu sasterawan negara, Hassan Ahmad itu pejuang bahasa, Prof Dr Shahril itu cendikiawan. Mereka adalah lambang umat melayu. Mereka tidak ada kepentingan peribadi. Mereka adalah orang berilmu yang sangat rasional. Apa wajar nya mereka dimusuhi ?

Tapi mereka bukan politician. Mereka adalah pejuang bangsa seperti Pendeta Zaaba. Bila Zaaba bersuara, D Onn Jaafar, Tunku Abd Rahman mendengar. Tapi bila sasterawan budayawan bangsa melaung kenapa pak Menteri sekarang membuta tuli ? PM tak mahu dengar ?

Mengapa pak Menteri dengar sangat cakap birokrat pelajaran? Pak menteri tak tahu ke lebih 70 % guru disekolah pro pembangkang. Ini semua kerana sikap birokrat di Kementerian Pelajaran yang double standard, sub standard, yang pilih bulu, yang semua menjadikan sistem Pelajaran kita disekolah sekarang lintang pukang tidak karuan.

Kementerian Pelajaran juga telah dilihat sebagai tempat yang sangat banyak gula. Namun banyak yang telah disalahguna. Bina makmal komputer, makmal komputer runtuh. Bina bangunan tambahan sekolah, bertahun-tahun baru siap. Lap top dan LCD dalam bilik kelas sebagai ABM yang sekadar pembaziran wang rakyat.

Guru-guru bukan lah masyarakat dunggu. Mereka orang berpendidikan. Mereka buat kerja apa yang boss suruh. Tapi undi, minta maaf. Mereka melepaskan geram mereka dikertas-kertas undi. Guru-guru berterima kasih kerana masih ada sisa-sisa pejuang bangsa seperti Samad Said, Hassan Ahmad dan Prof Shahril yang sangguh disembur gas pemedih mata menentang hantu PPSMI.

Terlalu banyak penyakit kronik di Kementerian Pelajaran. Salah satu yang telah menjadi hantu adalah PPSMI.

Melayu adalah benteng terakhir BN. Umno kena pilih satu antara dua jika mahu berkuasa lagi. Pilih PPSMI atau pilih Melayu ! Saya yakin Ds Najib cerdik dalam membuat keputusan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 comments:

mikecoh said...

hang..kenal dato a samad said....hang pi tanya dia....kat umah ka ? kat kedai ka?...bila dai cakap dgn anak ..cucu nye....dia cakap bahasa apa?

Anak Kampung said...

sdr mikecoh

Bahasa jiwa bangsa.

MyIdea said...

Salam..

Kenapa PPSMI kurang memuaskan?

Ini adalah kerana kita kekurangan guru yang hebat dalam BI..

Kebanyakan guru kita (yang menentang PPSMI) ialah terdiri dari guru yang malas nk 'study' atau buat persediaan sebelum mengajar (keesokan harinya), mereka lemah dalam BI tapi terus juga dengan kelemahan mereka itu tanpa mengambil apa2 pendekatan untuk 'belajar' supaya dapat membantu anak bangsa ke arah kepandaian & kebijaksanaan.

Ada budak2 yang masuk pra-U (matrik), berebut2 mahu dapatkan buku2 rujukan yang telah di 'bahasa Melayukan' atau di terjemah.. sampai buku rujukan ini terpaksa di 'jahit' semula.. hehehe (pengalaman ni)

Pendedahan awal di sekolah rendah dan menengah (dengan PPSMI) wajar di teruskan agar bangsa Melayu tidak keciciran di arus pemodenan..

Kita perkasakan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu.. itu yang wajib kita serikan dan teguhkan..

Teruskan PPSMI.. ia produk yang terbaik..

wassalam

Anak Kampung said...

Sdr 916

Saya setuju tahap penguasaan anak-anak melayu dalam BI adalah sangat membimbangkan. Ramai belajar BI selama 11 tahun ie dari tahun 1 ke tingkatan 5. Tapi lepas tingkatan 5, ramai juga yang tak tahu membuat ayat dalam BI, nak buat karangan tanpa silap jauh sekali.

Sudah belajar selama 11 tahun, tapi buat ayat pun tak boleh.

Cara nak atasi perkara ini adalah reform pembelajaran dalam BI. 1 pertingkatkan masa belajar dalam BI. 2 pertingkatkan kebolehan guru yang mengajar BI. 3 pertingkatkan methodologi pengajaran BI. 4 pertingkatkan komitmen guru yang mengajar BI.

Jangan kita marahkan nyamuk kelambu dibakar. BM tak bersalah. Tapi yang kita hukum BM. BM kita cabut dari menjadi bahasa sains dan matematik diperingkat akar umbi.

Akhirnya yang kita capai adalah yang kita kejar tak dapat dan yang kita gendung keciciran.

Terima kasih kerana menekuni masa depan orang melayu.

Anonymous said...

PPSMI ini isu budaya. Perang budaya. Yang bangang budaya memang setuju sangatlah dengan PPSMI.

Dulu ketika nak tuntut kemerdekaan, ada yang membangkang kerana perlekehkan Melayu yang nak buat jarum pun tak reti, apatah lagi memerintah negara.

Siapa yang nak halang kuasai bahasa Inggeris, malah kita digalakkan, tetapi bukan bererti menyerah...hingga bahasa bangsa sendiri entah apa akan jadi.

Kita mahu taraf bahasa Melayu setaraf maju seperti bahasa-bahasa bangsa maju lain. Kita hanya menentang barua.