Wednesday, March 4

Rakyat Vs Rakyat di Perak

Demokrasi adalah pemerintahan oleh rakyat dari rakyat dan untuk rakyat - Abraham Lincoln.

Dalam kes negeri Perak ada sesetengah pihak menyebut kerajaan yang ada tidak lagi mewakili rakyat. Ini adalah satu pengucapan yang pelik lagi tidak berasas. Umno 27, MCA 1 (BN 28) kerusi manakala Dap 17, PKR 5 dan Pas 6. Manakala bebas 3. Yang bebas tu dah sokong BN. DYMM Tuanku Sultan sendiri yang interview 3 orang ini.

Jadi bilangannya sekarang adalah BN 28 + 3 bebas = 31. PR pulak tinggal 28. Dalam demokrasi, siapa yang dapat lebih walaupun lebih 1, itu dikira pemenang.

Dalam Rakyat vs Rakyat pula kita tengok. Rakyat yang sokong BN ada 31 manakala rakyat yang sokong PR ada 28. Jadi rakyat mana yang lebih? Kita tak perlu mengambil subjek add maths untuk simple matematik macam ini.

Rakyat vs Rakyat, pemenangnya adalah juga BN. Jadi belajar lah menghormati sokongan rakyat yang majoriti. Demokrasi kan mengenai sifir majoriti !

Ada juga yang cadangkan kita kembalikan semula demokrasi kepada rakyat. Mereka ada agenda tersembunyi. Mereka nak buat duit dalam pilihanraya. Mereka tahu semua parti ada duit sekarang sebab semua parti mentadbir negeri.

Keduanya Malaysia bukan Thailand. Jangan jadi macam Thailand. Di Thailand dalam lima tahun ada hampir lima kali pilihanraya umum. Demokrasi bukan lahir untuk pilihanraya sahaja.

Ketiganya, jangan membazir duit rakyat. Dalam PRU banyak duit yang akan digunakan. Duit itu datang dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Duit itu adalah dari cukai, eksais yang di pungut. Wang rakyat harus di gunakan untuk kebaikan dan kepentingan rakyat. Dalam dunia ekonomi yang sangat meleset sekarang, wang yang ada elok di simpan untuk hari esok.

Keempatnya, tanggungjawab bubar DUN adalah tanggungjawab dan kuasa DYMM Tuanku Sultan. Itu bukan kuasa rakyat atau speaker atau MB. Melainkan jikalau sudah sampai edah 5 tahun seperti yang termaktub dalam undang-undang.

Jadi ikut lah sifir demokrasi. Siapa yang dapat sokongan lebih, walau satu, dia lah yang memerintah. Yang kurang, kena tunggu untuk PRU ke 13, iaitu 4 tahun lagi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: