Tuesday, March 3

Terkini Dun Perak 6

Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan permohonan MB Perak Dr Zamry Kadir untuk menghalang Speaker DUN Perak dari mengadakan sidang DUN termasuk sidang tergempar tanpa perkenan Sultan.

Mahkamah membuat keputusan berdasarkan Sec 44 Specific Relief Act. Mahkamah juga mengambil maklum bahawa Speaker tidak mempunyai kuasa untuk memanggil apa-apa sidang DUN tanpa perkenan Sultan termasuk dengan apa yang cuba di lakukan oleh Speaker Dap itu hari ini.

Sebelum itu Mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan Government Proceedings Act 1965 bahawa hanya penasihat undang-undang negeri yang boleh mewakili mana-mana pegawai kerajaan termasuk Speaker dalam apa-apa proceeding di mahkamah. Dengan itu 5 orang Peguam Siva tidak mempunyai Locus Standi mewakili Speaker itu menurut Akta tersebut.

Speaker Dap itu kali ini betul-betul 'jam' dan check mate dalam usahanya untuk mempertahankan Regim Pas Perak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Anonymous said...

"...belajar lah dari sejarah...". Ini sebahagian kata admin. Tapi dlm krisis perundangan di Perak, rupanya BN tak belajar dari sejarah, apabila gagal mengusulkan undi tidak percaya terhadap MB PR Nizar sebelum angkat sumpah MB BN. Hal ini sebenarnya punca krisis, kerana berlakunya krisis undang2. Jadi tidak sewajarnya admin mengelar PAS sebagai rejam... Admin jangan dok kutuk saya, kerana saya juga org BN... tapi rasionallah kita dlm membuat catatan. Jangan jadikan saya muak dgn keangkuhan2, akhirnya saya akan beralih sokongan. Tolong...tolong halang hasrat saya ini dengan hemah catatan2 kalian...

hk said...

Sdrku Ano,

Tidak ada terlintas pun untuk bersikap angkuh. Sekadar menulis dengan gaya yang tersendiri agar khalayak insaf atas apa yang berlaku. Angkuh itu milik Nizar, taksub itu milik ahli Pas yang tegar. Biar lah mereka terjun dengan gaya mereka.

Islam tidak terletak pada label. Tetapi kepada keimanan kepada Allah maha Esa. Nabi Muhammad menyatukan umat.