Sunday, March 8

Terbaru ; PPSMI itu HANTU - syndrome state of denial

BUKAN KEPUTUSAN SAYA-DS Hishamuddin berkata, hanya Kabinet akan buat keputusan mansuh PPSMI. Laporan perkara itu dalam peringkat akhir bagi ulasan beberapa kementerian sebelum diputuskan.

Katanya, demonstrasi bantah PPSMI semalam hanya agenda politik didalangi pembangkang. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di kediamannya.

Sementara itu malam tadi PM DS Abdullah harap keputusan berhubung isu PPSMI dibuat segera elak cetus isu lebih besar. Kenyataan Pak Lah ini tentunya ditujukan kepada pak menteri pelajaran, menteri yang bertanggung jawab dalam hal ini.

Kenyataan terbaru menteri pelajaran adalah untuk menendang semula bola ke kaki pak lah.

Rakyat menjadi confuse. Sebab pak menteri dan pm juga confuse, tak reform. Pak menteri masih berada ditahap pemikiran pre PRU 12. Mereka masih berpenyakit syndrome state of denial.

Patut lah pasukan bola negara sentiasa kalah bermain bola. Sebab strategi BN penuh dengan pemain di bahagian pertahanan. Bermain bola tak nampak jaring gol lawan. Bola tak masuk sebab bola tak di tendang ke jaring gol.

BN ramai pemain pertahanan tapi tiada midfield. Pemain penyerang jauh sekali. Mungkin BN perlu Ronaldo, Tevez, Rooney, Park Ji Sung, Berbatov, Nani, Anderson, Giggs dan Scholes. Sekadar menyebut pemain penyerang, wing dan midfield yang ramai yang di miliki oleh Sir Alex Ferguson, pengurus phenomenan bolasepak Man U.

Memang dalam setiap permainan kita perlukan serangan untuk menjaringkan gol. Termasuk permainan politik !

Cabaran kepada Ds Najib untuk mencari pemain penyerang, wing dan midfield. Rehat-rehatkan pemain yang nak bermain di posisi pertahanan. Pemain play safe ini.

PPSMI itu ditakuti oleh orang melayu. PPSMI itu HANTU adalah benar.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Tuan HK,

Saya bersetuju dengan semua pendapat Tuan kecuali apabila Tuan mentakan orang Melayu takutkan PPSMI. Itu tidak benar. Ramai lagi orang-orang Melayu Islam seperti saya yang menyokong PPSMI. Apa yang hendak ditakutkan. Bukan PPSMI menghapuskan Bahasa Melayu. PPSMI hanya untuk 2 mata pelajaran sahaja. Cuba buat kajian ke atas semua ibu-bapa ke seluruh Malaysia, baru kita tahu keputusannya. Bukan dengan melihat kepada sekelumpuk kecil penetang PPSMI. Walaubagaimanapun, hidup MU.

Anak Kampung said...

Tumpang lalu cucu tok selampit,

MU belasah Fulham 4-0. Fergie simpan ramai forward, wing dan attacking midfield yang berkesan. Tapi BN lembik, main kat defence saja.

Kita kena lihat kajian mendalam mengenai PPSMI yang telah dibuat oleh cendikiawan kita.

Rujuk http://arkib-ppsmi.blogspot.com/2009/03/prof-dr-shaharir-md-zain-jawab-datin_1882.html.

Rujuk http://72.14.235.132/search?q=cache:Tv9zzAaQI5EJ:www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%2520Report+http://www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%2520Report&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=sg

Juga rujuk http://tehranifaisal.blogspot.com/ mengenai memo yang dihantar.

Saya bersetuju PPSMI adalah isu bahasa. PPSMI harus tidak dipolitikkan. Namun ape nak buat, pak menteri tak cerdik. Nasi dah jadi bubur.

Melayu adalah benteng terakhir BN. Kalau ban di benteng ini pecah, maka air laut akan masuk. Daratan akan mengalami banjir besar.

Terima kasih kerana turut menekuni masa depan umat melayu.

Fadli Halim said...

Pak menteri kita tak suka fact & figure. Tau nak menang isu saja.

Senang kalau benda2 macam ni diserahkan kepada golongan cendekiawan untuk decide berdasarkan fact & figure. Melalui debate & research.

Berapa ramai academician universiti yg terdiri daripada pakar2 pendidikan & bahasa yang menentang PPMSI ni. Tetapi mereka tidak diberikan ruang.

Hujah2 para profesor yang mempunyai empirical fact, politician taknak dengar. Pulak tu pegi sembur diorang ngan gas pemedih mata.

RBF Online said...

itu bukan ppsmi

itu memang pas dan pkr punya perhimpunan

kerja macam tu memang mereka saja yg berminat.alasan saja ppsmi

kamal said...

NIAT PAKATAN MAHU LIHAT MELAYU BODOH
Memang inilah kerja parti pembangkang...tak habis habis mahu bangsa sendiri menjadi bangsa yang dungu...bodoh la yang senang.Sampai hal hal pendidikan untuk anak anak pun di tentang dan diserang habis2an.

Apakah mereka tidak mahu melihat anak anak bangsa berjaya dalam menghadapi zaman yang semakin mencabar ini.Kenapa sekarang harus kita mempersoalkan PPSMI yang sudah menampakan sedikit kejayaan pada anak anak kita.

ppsmi march 070309 tear gas.jpg
Bagi pakatan rakyat apakah tiada satu jalan penyelesaian dapat dicari dari melibatkan anak anak dari mengadakan demontrasi yang tidak secara langsung akan mengheret mereka kekancah pemberontakan.

Sepatut nya perlu kita tangani akan masaalah disiplin para pelajar yang mana gejala membuli dan memukul semakin menjadi jadi masa diperingkat sekolah.Mungkin inilah hasilnya dari tindakan pakatan rakyat yang sering mengadakan demontrasi bagi mencari jalan penyelesaian dari duduk semeja.

anti ppsmi rally 070209 rally banner
Kenapa hanya pelajar anak anak bangsa kita yang selalu menyertai demonstrasi jalanan ini.Bagi saya ini lah kepentingan politik bagi pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.Janganlah kerana ingin menunjukan tindakan yang diambil itu betul kita tunjukan pada anak anak tentang kelemahan diri dan lemah semangat dari kita.

Seharusnya kita sebagai pemimpin pada anak anak ini perlu kita memberikan semangat bagi mereka untuk menempuh hari hari yang semakin mencabar dan bergelora bagi hadapi tempoh menuju negara 2020 nanti.

Apakah akan hilang indentiti bangsa melayu hanya dengan mempelajari matematik dan sains dalam bahasa inggeris .Tidak mungkin kita akan menjadi satu bangsa yang lemah hanya dengan perlaksanaan PPSMI.

anti ppsmi rally 070209 pak samad chokes
Kepada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad jangan kerana ingin berpolitik ingin kita lihat anak anak bangsa yang akan menerajui negara ini nanti adalah terdiri dari anak anak yang lemah jati diri dan tidak tahu untuk menghargai ilmu.







Memansuhkan PPSMI bermakna kita mahu bangsa melayu terus ketinggalan dari mendapat tempat dalam persaingan dunia yang semakin mencabar.PPSMI tidak akan menghapuskan bangsa melayu itu dan sama sekali juga tidak menghapuskan bangsa bangsa lain dimalaysia ini.

Kenapa puak puak PAS yang mahu PPSMI ini dihapuskan.Tidak mahu anak melayu menguasai ilmu kerana PAS takut akan hilang pengaruh ,biar pemimpin mereka sahaja yang berilmu.

Tidak pula kelihatan orang orang DAP dan PKR menentang kerana mereka tahu bahasa inggeris adalah penting pada mereka.

Apakah untuk menjadi seorang doktor kita tidak perlu bahasa inggeris,begitu juga untuk menjadi seorang peguam,jurutera dan berbagai lagi keperluan kerja yang memerlukan kan kita mahir dalam pengguasaan bahasa.

Dalam zaman dunia yang penuh cabaran ini janganlah kita yang ibarat rumah kata pergi kubur kata mari ini kita sekat akan kebolehan dan keupayaan anak anak melayu dari terus menimba ilmu yang akan membawa mereka kearus kemajuan yang akan bakal akan mereka tempuhi.

PPSMI perlu diteruskan bagi memberikan anak anak kita peluang untuk mereka memperolehi masa depan yang baik untuk terus mereka bersaing didalam dunia yang tiada sempadan ini.Yang penting bukan cara demontrasi untuk kita cari jalan penyelesaian kerana ianya hanya mendedahkan anak anak kita pada satu perkara yang akan melemahkan diri dan bangsa itu sendiri.

Yang penting adalah perlu kita teliti bersama bagi meningkatkan lagi tahap kemampuan anak anak kita supaya ianya akan memberi manfaat pada seluruh warga malaysia itu sendiri dan jenerasi jenerasi yang mendatang yang merupakan pewaris pada negara yang berdaulat dan merdeka.

Akhir sekali mari lah kita renungkan dengan hati dan fikiran yang tenang apakah PPSMI ini untuk diri kita atau untuk jenerasi yang akan mewarisi ketamadunan yang kita sama sama bangunkan. LU PIKIR LA SENDIRI.