Saturday, April 18

BN tak bertanding di Penanti

IDEA YANG BAGUS - PM DS Najib kata BN mungkin tak tanding pilihanraya kecil Penanti jika semua parti komponen sebulat suara setuju.

Ini cadangan yang pelik tapi berani. Ini adalah pembaharuan. Namun ada juga yang tak setuju. Ada yang kata nape Umno takut sangat dan nape BN takut dengan bayang-bayang sendiri.

Apapun kalau tak bertanding di Penanti, BN boleh selamatkan jutaan ringgit yang biasanya akan keluar dari poket BN untuk setiap pilihanraya kecil.

Tak bertanding juga lebih baik sebagai bukti BN tak gila kuasa. Ada parti yang gila bertanding, lepas dia menang letak jawatan pulak, ini kan membazir wang rakyat namanya.

Apa pendapat anda?

6 comments:

azlan said...

Bagus juga kot? Sekurang-kurangnya, tak terbinalah pentas bagi mereka yang tak boleh jumpa microphone.

che_wan said...

Aku tak setuju kalu BN tak bertanding.

Biarpun kebangkalian untuk kita memang adalah kecil... tapi tak mustahil jika kita menang...

Ingat "tanpa keberanian mimpi tak bermakna" . Usaha adalah tangga kejayaan...

Cuma aku minta agar BN jangan berkempen lebih2 pulak...

Buat ala2 kadar jer... Tak yah lah nak buat poster banyak2, kalau boleh lukis sendiri lagi baik...

Tak perlu ceramah berapi-api... dan tak perlu juga Menteri pelajaran bagi sumbangan derma untuk sekolah cina.

Tak payah buat ceramah. Buat pendekatan turun ke kampung dengan melawat dari rumah ke rumah.. cara ini adalah lebih baik dari buat ceramah...

Parpu Kari said...

PADA PENDAPAT SAYA, KENAPA PERLU KITA TAKUT!

TAPI KALAU NAK BAGI MALU FAKATAN NI BAGUS JUGAK CADANGAN PM KITA TU, CUMA NANTI KITA AKAN DI PANGGIL BACUL LA! KENA TAHAN LA SIKIT TELINGA NANTI

MEREKA AKAN SPIN HABIS-HABISAN!

BUT WHY NOT EH!?

Anonymous said...

Bro..membazir duit rakyat...

UMNO pakai duit rakyat buat bendera dan kempen pilihanraya ke?

alamak kalau macam ni aku sokong Pakatan rakyatlah bro...


azman nibong

Karipap said...

Sokong 100%.Baru nmpk pm kita ni bijak.Malu tak bertanding tak apa drpd malu kalah p.raya..Kena jaga le jugak maruah umno ni.Membazir wang,dan masa.

kluangman said...

Menang atau kalah adat pertandingan. Persaolannya, adakah BN sudah ketandusan strategi dan muflis idea untuk berhadapan dengan pembangkang.

Apakah BN mahu menjual dan melelong penyokong setia BN kepada pembangkang kira kilo dan borong !!!

Jangan jadi dayus .