Friday, April 17

PKR parti Broker

Pilihanraya kecil Penanti menghampiri rakyat Malaysia. Ini adalah pilihanraya kecil ke 6 dalam tempoh 12 bulan lepas Pilihanraya Umum ke 12 March 2008.

PRU 12 menyaksikan PKR menjadi broker paling berjaya dalam dunia politik Malaysia. Mana tidaknya, parti paling bungsu ini berjaya menampilkan MP pembangkang paling ramai di Parlimen. Ia juga menguasai 4 buah kerajaan Negeri sekarang bersama kumpulan pembangkang lain.

Kejayaan PKR juga mengenepikan glamour PAS dan DAP, dua musuh seperti anjing dan kuching yang tak boleh bertemu sebelum ini. PKR telah berjaya menjadi broker yang mendamaikan dua musuh politik ini. Setidak-tidaknya 'kahwin paksa' ini berjaya menjadikan 'Penderhaka Nizar' PAS menjadi MB Perak selama 11 bulan. Walaupun semua orang tahu Penderhaka Nizar ini adalah boneka kepada DAP.

PKR broker yang berjaya. Ia berjaya mendapat untung besar dari keringat PAS dan DAP. Kalau Penderhaka Nizar adalah boneka DAP, PKR berjaya pulak menjadikan PAS dan DAP sebagai bonekanya. Maknanya sehebat-hebat Nga dan Ngo menjadikan Penderhaka Nizar sebagai 'puppet', hebat lagi Anwar yang menjinak Kit Siang dan Hadi serta Nik Aziz menjadi anjing belaannya.

Sebagai broker yang mendapat keuntungan politik, PKR mengetegahkan Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia sejak peristiwa 16 September. Cerita 16 September adalah usaha Anwar yang bekerja keras memancing dan membeli MP BN untuk meloncat dan melompat ke pakatan pembangkang untuk membolehkan Anwar menjadi PM.

Rupa-rupanya 16 September adalah pembohongan Anwar kepada RAKYAT. Anwar tipu Rakyat hidup-hidup. Tidak pernah sebelum ini Malaysia mempunyai bakal PM yang menipu rakyat. Tapi Anwar buat. Dia tipu rakyat. Dan dia tak malu menjadi seorang penipu.

1 comment:

azlan said...

Bukan broker, tapi boolie kot? Tiap-tiap bulan ada draw....