Dalam interbiu dengan Nanyang Siang Pau, Fairus bagi tempoh 2 minggu. Katanya atas sebab ini PKR tak berani ambil tindakan keatasnya.
Ini amat memeranjatkan. Fairus adalah anak didik Anwar Ibrahim. Dia tahu luar dalam Anwar. Dia yakin apa yang dilakukannya tak salah. Dia cuma buat akan yang disuruh oleh pimpinan PKR.
Fairus juga tahu banyak mengenai pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Maklum sahaja lah bekas Timbalan Ketua Menteri. Mungkin juga dia tahu kepincangan kepimpinan KM Lim Guan Eng. Guan Eng juga manusia yang tentunya ada melakukan kesilapan.
Tunggu lah nanti pembongkaran Fairus yang tentunya akan menjolok mata ramai pihak. Kini baru Anwar tahu, baru Guan Eng tahu, baru Hadi tahu, orang muda macam Fairus bukanlah 'barua politik' yang bila nak pakai maka dibela lah orang itu dan bila tak nak pakai maka terus dicampak ke dalam tong sampah.
Syabas Fairus. Tunjukkan Anwar juga adalah 'too Old' for politik baru Malaysia. Anwar adalah manusia yang penuh dengan skandal. Anwar itu tidak relevan.
3 comments:
Saya ingat, manikumar di bukit selambau bakal menjadi seperti fairuz juga...maklumlah, semua nya didikan suci dari Bang Nuar!
Tidak kah kita keterlaluan mendewakan Anwar sebagai terlalu hebat dan super dalam melakukan sesuatu.
Anwar hanya kucing kurap politikus jalanan juga seperti LIm Kit Siang, Lim Eng Guan dan Karpal serta kumpulan Hindraf, tidak lebih dari itu.
Jika dia hebat, dia sudah berada di satu kedudukan yang lebih baik dari ini tetapi Anwar hanya akan hidup jika ada isu dan pergolakan atau dia terpaksa mencipta situasi itu untuk dia terus dikenali, diingati dan difikirkan hebat.
Dia kena mencipta sesuatu diluar jangkaan untuk membersihkan dirinya tetapi seperti biasa, dia hanya mampu merancang.
walaupun Fairus membongkarkan skandal dalaman PKR, tapi saya masih yakin tidak banyak perubahan berlaku especially daripada penyokong2 muda PKR yang telah dibutakan mata dan hati....
keputusan Penanti juga tidak mustahil kekal kepada PR jika melayu masih tidak bersatu...harapan hanya tinggal harapan...janganlah membiarkan diri anda terus dibuai mimpi...
Post a Comment