Wednesday, April 8

Proses dakwah PAS berkesan

Sistem dakwah dalam Pas nyata semakin memberikan impak dan berkesan. Analisa kejayaan Pas dapat dilihat dari kejayaannya meningkatkan majoritinya di PRK Bukit Gantang.

Selain dari itu dakwah Pas juga berjaya melahirkan seorang pemimpin Dap kristian yang boleh berhujah memberikan salam dan menggunakan ayat Al Quran.

YB Nga Kok Ming adalah bekas Exco Nizar yang berjaya didakwah oleh bekas MB itu dan kini dia semakin berani dan semakin fasih mengucapkan kalimah-kalimah Al Quran.

60 tahun BN ditubuhkan, tidak seorang pun pemimpin MCA, MIC dan Gerakan yang berani menggunakan ayat Quran dalam ceramah. Ini bezanya pemimpin bukan Islam dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Walaupun mendapat bantahan dari Mufti Perak, Dato Harussani, Pas tetap tidak peduli dengan teguran 'ulama kerajaan' itu. Harussani menyifatkan penggunaan ayat Al Quran oleh Nga adalah penghinaan untuk umat Islam.

Pas lebih sedia mendengar pandangan dari Majlis Ulama nya. Sehingga hari ini Majlis Ulama Pas diam membisu mengenai isu ini. Ini bermakna mereka bersetuju dengan tindakan Nga menggunakan ayat Al Quran dalam ceramah-ceramahnya.

Mungkin nanti bila Pas perintah negara ini, injil akan dibenarkan dicetak dalam bahasa melayu dan perkataan Allah boleh juga digunakan oleh penganut agama lain selain dari Islam. Syabas Pas kerana berjaya dalam kerja dakwah.

8 comments:

PARPUKARI said...

PAS = PARTI MEMUJA BULAN, JUGA DIKENALI SEBAGAI PARTI WEREWOLF....MAKA BERTEBARANLAH WEREWOLF DAN VAMPIRE2 DI JALANRAYA SEMALAM! Tadbir!

Cucu Tok Selampit said...

Alhamdulillah. Berkat iltizam Tok-Tok Guru. Salah tu tuan. Tok Guru Besar Nik Abdul Aziz dah keluar fatwa. Boleh bagi orang bukan Islam mengucapkan ayat-ayat Al Quran. Katanya lagi, kalau salah punya pasal dia. Ni boleh buat ijmak ulamak ni.

Akar Umbi said...

Bro,

Setuju dakwah mereka berkesan. Mungkin tak lama lagi mereka akan faham Islam.

Mungkin bagi PAS berpendapata "jangan lihat siapa yang bercakap, tapi apa yang dicakap".

Agensi Dadah Kebangsaan pun boleh ambil pendekantan PAS. Mereka panggil motivator dikalangan penagih tegar untuk memberi ceramah tentang pembenterasan penagihan dadah. Pada masa yang sama si motivator masih lagi 'ngeces'. Hehehe.

pisau said...

PAS=menghalalkan cara

menghalalkan yang haram,mengharamkan yang halal.
petanda akhir zaman,PAS mazhab sesat yang harus di tentang

pemuda berani meru said...

Salam...dah memang PAS semakin hanyut didalam duniawi dah tidak takut hukum allah, sanggup bersengkongkol dangan orang-orang kafir yang hendak menjahanamkan agama islam...dan sekarang PAS juga menyatakan adakah dalam manifesto mereka ingin tubuhkan negara islam...sudah jauh mereka menyimpang dari pendirian dasar Pas sebelum ini..mereka sanggup untuk mengadai agama hanya untuk kuasa yang tidak seberapa dimuka bumi ini...itu sebab nya Parti Islam SeMalaysia tidak disebut PIS, ini kerana meraka adalah PAS= PARTI AJARAN SESAT..

KALAM JAUHARI said...

Benar sungguh, kita diajar untuk mengambil wudhuk sebelum membaca alquran. Nga mungkin meneguk air kencing setan sebelum membaca alquran. Dan beliau mendapat sorakan dan tepukan. Ustaz Nga telah mentarbiahkan mereka dengan sungguh berkesan. Bila Islam dijual sebagai alat untuk berkuasa maka bersedialah kita menerima tempelak Allah

Anonymous said...

ya syabas PAS = partai ajaran sesat semalaysia...syabas tuan-tuan guru dalam pas...otak hangpa memang geliga..dok kelentung orang atas nama ugama islam..

Unknown said...

Kejayaan tok guru pok nik memang begitu menakjubkan. Seorg kristian yg duduk beratus batu dari kota baru telah terbuka hatinya untuk mendalami islam, kerana terpegun dgn kebijaksanaan tok guru pok nik. Umat islam wajib berbangga dgn peristiwa ini.

p/s Tapi macam mana dgn budak2 kelantan yg merusuh lepas kalah main bola tu. Pok nik ada depan mata pon tak boleh nak tarbiah skit ke