PRK Permatang Pauh, kemudian Kuala Trengganu. Terbaru di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Tsunami ini masih belum berubah.
Yang nyata kuda-kuda tsunami ini kukuh dan sangat kukuh. Jangan main-main. Apa sahaja atas bumi ini akan disambarnya.
Tsunami ini masih belum reda. Fundamentalnya sangat kuat. Walaupun sudah setahun berlalu namun sengatannya masih ada.
Awas Umno, Awas BN. Kalau nak reform, reform lah betul-betul. Kalau nak transform, transform lah betul-betul. Apa reformnya tu? Apa transformnya tu?
Kalau hangat-hangat tahi ayam, sangat sukar ler nak bertahan. Jawapan PRU 13 sudah boleh kita ketahui kalau kita tidak mahu mencari jalan benar mengatasi Tsunami benar ini.
2 comments:
Jika dilihat di Bukit Selambau, UMNO gagal meletakkan calon Melayu punca utama. Di Bukit Gantang, UMNO ketandusan calon setanding Nizar.
Kegagalan merampas kedua dua kawasan tersebut adalah tsunami kecil, UMNO lebih wajar kalah jika kita mahu libat perubahan besar dan ikhlas, jika BN menang pada ketika itu, pasti sudah ada merasa sombong dan ego menyatakan rakyat sudah menerima mereka.
Biarkan UMNO belajar dan belajar dan belajar dari beribu kesilapan mereka berpunca dari seorang pemimpin yang lelah dan penentuannya pada PRU mendatang.
Najib dan pemimpin seterusnya akan membina semula UMNO untuk menjadi kuat sehinggalah akan lahir seorang lagi pemimpin Melayu bertaraf 'Mahathir' di masa akan datang, mungkin selepas 2020.
bolehlah umno bertranformasi seperti 'autobot' dlm transformer?bagi saya umno sedang dalam satu proses evolusi oleh dato najib utk mengembalikan keyakinan rakyat pada bn setelah revolusi politik wang mencengkam sekian lama bukan hanya sewaktu pemilihan malah sewaktu pemberian projek2 pembangunan di kawasan2 kecil. ia berlaku tanpa pemantauan lembaga displin yg hanya nampak hanya berkuasa sewaktu proses pemilihan.
mungkinkah evolusi awal ini hanya akan menjadi satu revolusi khususnya melalui perhimpunan agung khas yang hendak diadakan sebelum penghujung 2009?
tsunami yang berlaku memerlukan bantuan moral dan keteguhan motivasi sebagai seorang pejuang tulen, bukannya seperti bantuan kebendaan, projek kepada pihak2 di cawangan sebagaimana bencana tsunami.
Post a Comment