Thursday, April 23

Rais Yatim sudah terantuk baru tergadah

Mendengar ucapan Dt Dr Rais Yatim memang mengasikkan. Bahasa Melayunya yang 'asli' diselang seli dengan beberapa kerat pantun sangat mengkagumkan orang macam saya.

Mengumpulkan hampir 50 orang bloggers malam tadi juga menunjukkan kesungguhan Dt Rais untuk mendekat dan merakyat dikalangan pemain-pemain alam maya ini.

Dt Rais mengakui peranan besar alam siber dalam politik Malaysia. Dia mengakui media cetak sudah mula 'komplen' pembaca mereka makin berkurangan hari demi hari. Rais juga mengakui golongan muda semakin mengkagumi alam siber.

Nampaknya kerja Menteri yang 'mahu bekerja' macam Rais ini sangat banyak. Dibawah kementerian yang tiga digabungkan menjadi satu ini memang sangat mencabar. Rais berterus terang bahawa Jabatan kerajaan kena prihatin dengan alam siber, kalau tak jabatan ini akan jadi obsolete.

Namun cabaran besar Rais adalah bagaimana nak menguruskan tranformasi hampir 50 jabatan di bawah kementerian baru nya ini sekarang. Bukan mudah nak buat tranformasi. Tapi kalau tak buat maka kena lanyaklah kita dengan kumpulan reformasi. Ini realiti. 'Berubah kalau tidak kita kena ubah' adalah perkataan yang benar.

Apapun kita nak ucap terima kasih kepada Dt Rais kerana sanggup merakyatkan diri dengan kumpulan alam maya. Bukan soal nak makan sangat di Restoren Seri Melayu, tetapi rasa seronok pak menteri mahu merakyat dikalangan kita. Ini juga transformasi. Sudah terantuk baru tergadah. Tidak mengapalah, asal sudah insaf dan mahu bertaubat.

4 comments:

Husin Lempoyang said...

Bukan Rais yang terantuk.

Yang terantuk tu dah masuk hospital politik dan tak keluar2. Itu yang dah digantikan.

mie said...

perubahan yang bagus...

Anak Kampung said...

Sdr Husin dan mie

Saya melihat ada keikhlasan Dt Menteri baru ini untuk merakyat dikalangan pengguna alam siber.
Inikan tranformasi namanya. Ini yang rakyat mahu.

sikucingsiam said...

salam...
bagus la kalau dr rais yatim buat mcm tu..ini sebagai permulaan, dan sebaiknya semua menteri dan timbalan menteri lebih agresif bersikap sebegini.
dan, apa yang penting kalau dah turun padang tu, jangan hanya pi ke tempat yang telah 'dirancang' oleh para pegawainya...buat gempaq sikit, pi ke tempat yang semua pegawai mereka 'tak rancang'