Tuesday, April 21

Ust Nga Peluk Islam?

Hampir pasti pemimpin DAP MP Taiping dan ADUN Pantai Remis akan memeluk Islam, menurut sumber PAS. Nga Kok Ming meneruskan kebijakan dan ketekunan untuk belajar Al Quran.

Yang terbaru adalah Nga berceramah di Taman Melewar. Di hadapan ribuan penyokong PAS dan di hadapan Tok Guru PAS Nik Aziz.

Nga meneruskan bacaan Al Quran dan ceramahnya. Kali ini dia membaca dua buah ayat Al Quran. Nga tampak semakin berani. Dia tak peduli apa, walaupun ayat Al Quran yang dibacanya lintang pukang.

Adapula kawan-kawan PAS yang berbisik, Nga akan masuk Islam. Penyokong PAS bersyukur akhirnya dakwah mereka kepada pemimpin-pemimpin kafir di Malaysia membawa tuah.

Mereka juga yakin, jikalau Nga boleh masuk Islam maka ramai lagi ahli dan pemimpin DAP yang kafir juga akan peluk Islam. Maka akan sejuk lah hati Karpal Singh yang selama ini menentang Islam. Nga dan rakan-rakan lain akan pujuk Karpal akan slow talk dengan Karpal lah.

Dakwah PAS sekarang adalah proses asilimisasi Islam kepada memimpin kafir DAP dan ahli DAP. Minat PAS adalah kuasa. PAS adalah parti politik yang berhajat kepada kuasa. PAS akan menggunakan apa sahaja untuk berkuasa, termasuk menyalahgunakan Islam untuk mendapatkan kuasa.

6 comments:

azlan said...

Moga-moga tak menjadi Abdullah bin Ubay alaf baru.

Ritz Ariff said...

Saya berpendapat saudara harus terus berdoa agar sesiapa sahaja yang kafir dapat memeluk islam, bukannya menyindir... mungkin itu satu permulaan.

Belacak said...

Nama-nama baru yang dicadangkan:

Ust. Kulop Koming
Takdir Mu Jadi Karpal
Mat Geduak Gobind
Mat Se Ngeh

PUTRAKENCANA said...

itulah PAS yang kita kenali sekarang ini.
PAS dulu ok.

Demi undi dari kaum Cina, sanggup mengadaikan maruah Islam.

Pelik.....pelik........

Tak tahulah ape nak jadi dengan PAS ini.

kluangman said...

Pangkah PAS masuk syurga, peluk je Nik Aziz, masuk lah Islam kot...

Maulana Arrif said...

Dulu Pas pakai warnah hijau. Sekarang macam sesumpah, sekejap hijau, sekejap kelabu, sekejap biru. Tak lama lagi Nik Aziz pun terlupa apa warna sebenar Pas.
Dulu Pas pakai warnah hijau. Sekarang macam sesumpah, sekejap hijau, sekejap kelabu, sekejap biru. Tak lama lagi Nik Aziz pun terlupa apa warna sebenar Pas. HSekarang macam sesumpah, sekejap hijau, sekejap kelabu, sekejap biru. Tak lama lagi Nik Aziz pun terlupa apa warna sebenar Pas. Hlamunan,tapi kena sergahan Nik Aziz.