Saturday, April 11

Islamisasi Kristian oleh Pas

Kebolehan YB Nga untuk berhujah mengunakan ayat AlQuran amat dikagumi oleh penyokong-penyokong Pas. Soal ayat yang dibaca nya itu tunggang langgang itu tak penting kata pemimpin Pas.

Yang penting adalah kesungguhan YB Nga untuk berceramah menggunakan ayat Al Quran, kata Nik Aziz. Tak mudah untuk Nga melakukannya, terutamanya dalam momokan Umno, ujar Nik Aziz lagi.

YB Nga adalah contoh ujikaji Pas untuk menyelami hati orang cina kristian. YB Nga adalah seorang kristian yang komited kepada agamanya. Keluarganya juga adalah mengikut kristian yang komited.

Adakah satu hari nanti Nga masuk Islam? Mungkin esok, lusa, bulan depan atau tahun depan. Kalau Nga kristian ini masuk Islam maka YB Ngeh sepupunya yang juga seorang kristian juga mungkin boleh masuk Islam.

Kalau kedua-dua pemimpin baru Dap masuk Islam maka makin mudah lah Pas akan menggantikan Umno dalam PRU 13, nanti. Maka makin ramai jugalah orang kristian pengikut Nga dan Ngeh masuk Islam.

Maka berjaya lah proses Pas untuk mengislamkan Kristian di Malaysia. Syabas proses dakwah Pas semakin hebat.

Jikalau ini berlaku nyatalah Pas lebih reliable dari Umno, kerana kejayaan besar menjadikan orang kristian dan pemimpin kristian menjadi penganut Islam.

Semoga ini boleh jadi cerita benar. Lakonan politik yang berlebihan oleh Nga dan Nik Aziz ini adalah suatu perkara baru yang gerakan kristian tak pernah fikirkan sewaktu mereka mengundi Pas dan Pkr dalam Pru 12. Umno, Pkr dan Pas, siapa lebih ikhlas dalam pentas politik Malaysia?

4 comments:

Yusoff Zaky Omar said...

Apa yang saya khuatirkan jika semangat setiakawan yang ada dalam jiwa Pas hingga membenarkan apa saja yang dibuat oleh kawan-kawan sekutunya akan membuatkan Pas akan tergelincir dan terseliuh (minta simpang perkara-perkara begini berlaku kerana Pas juga saudara kita).

Anonymous said...

Janganlah heboh sangat.Nanti habislah terbongkar pelan sulit PAS.Nanti marah Cina tahu taktik kita.PAS boleh!Hidup Nik Aziz.

Anonymous said...

Aku harap PAS akan mengIslamkan orang DAP, aku ucapkan syabas. Harap harap banyak lagi orang DAP yang akan masuk ISLAM. Contoh nya ADUN Bukit Lanjan, pernah berjinak-jinak dengan orang Islam Pakatan Rakyat. Tetapi yang paling aku risaukan Orang Islam PAS yang di sesatkan oleh orang DAP dan PKR, maklumlah sekarang ni mereka nak berkonsi nama tuhan dengan orang PAS dan PKR, anuar yang usulkan dan Nik Aziz yang setuju. Di Batu Pahat semasa zaman Komunis. Komunis Melayu kalau seksa orang Melayu lebih kejam dari Komunis Cina. maklumlah nak ambil hati rakan seperjuangan. Sejarah sentiasa berulang tetapi watak nya yang berlainan.

Parpu Kari said...

DENGAN IZIN YA SAYA NAK CERITAKAN APA YANG BERLAKU DI BUKIT GANTANG!

http://parpukari.blogspot.com/2009/04/skandal-pas-judi-dan-arak-truth.html