Tuesday, May 5

7 Mei - kejor Yop kejor

Jom kita berkejar kejaran di Ipoh. Sempena Sidang Dun paling hangat di Malaysia dekad ini.

Dema nak guna hukum rimba? Awat kita tak berani ker? Jangan di ajor anak Perak ! Kali ni dema bertemu buku dengan ruas ! Ayuh Yop.

SMS pertama yang diterima -

Kepada semua penyokong BN serta semua rakyat perak diminta hadir memberi sokongan dlm PERHIMPUNAN SELAMATKAN PERAK DRP ANASIR JAHAT pada 7 April 09 jam 7.00 pagi bertempat di Taman D.R Senivasagaam, Kg Jawa Ipoh Perak.

Sebarang pertanyaan sila hubungi saudara mior di talian 017-543 5030.

Kerjasama anda amat diharapkan agar MEMANJANGKAN sms ini kpd semua kenalan anda. Anda juga diminta MENYEBARKAN maklumat ini dgn cara lain, seperti internet, secara lisan, atau dimana2 perjumpaan atau perhimpunan yg anda hadiri.


SMS kedua yg diterima -

Saya mengajak umat islam seluruh malaysia mendoakan kejayaan sidang dewan negeri perak berjalan dalam keadaan tenang.

Kita berdoa kehadrat Allah swt kejayaan atas kerajaan yang di pimpin oleh Dato Seri Dr Zamry Abdul Kadir, bukan kerana Dr Zamry mewakili umno dan BN, tetapi kerana ini lah kerajaan umat Islam.

Dr Zamry mewakili suara 29 ahli dewan yang mewakili suara umat islam, 2 bukan islam, berbanding pihak nizar yang mewakili 7 ahli dewan umat islam, 21 bukan islam, jika kita mengaku diri kita umat islam adalah wajib dan tangungjawap kita menyokong dan mendoakan kerajaan pimpinan Dr Zamry terus menerajui negeri perak.

Marilah kita melakukan solat hajad, berdoa kepada allah swt, kerana ini adalah tugas kita bersama, jika di runtuhkan kerajaan ini, maknanya runtuh lah kerajaan islam Perak.

Ini adalah ujian buat kita semua, bukan ujian hanya pada Dr Zamry tetapi kepada kita juga, semoga Allah swt bersama kita, bersama kerajaan Islam ini, marilah kita bersatu, kuatkan tekad, untuk keamanan umat Islam Perak.

4 comments:

Anonymous said...

Tuan, apa yang akan berlaku kalau Speaker menolak usul untuk menukar Speaker yang baru? Saya amat yakin Sivakumar akan menolak usul tersebut. memang terbukti di Parlimen atau DUN mana2 negeri, Speaker akan menolak setiap usul yang dikemukakan pihak lawannya.

Anak Kampung said...

sdr anoy

Speaker akan di tukar. BN ada majoriti di Dun. Dun bukan sarkas. Perlu ada dikourum. Mereka yang engkar ada prosedur untuk keluarkan mereka dari sidang DUN.

TAAVEEKUN PERAK said...

"jemputler ke blog saya"

pinjam kata-kata daripada Malaysia2-Day:
Nak konar sikit, aku ada baca kat blog budak2 PAS, mereka nak buat sembahyang hajat agar sidang dewan DUN 7hb nanti berjalan lancar dan tenteram. Alhamdullilah! bagus la, tapi korang tak rasa lawak ke? Derang nak sembahyang hajar mohon pada ALLAH agar tenteram, tapi derang juga dalam masa yang sama dah sebuk nak mengumpulkan ramai penyokong mereka pada hari persidangan tu. Tak rasa pelik ke? hehe lawak jenis apa nih. Boleh tenteram ke kalau dah ramai2 berkumpul. Tenteram apa, nanti ada lagi yg tidur atas jalan. Yang best nyer, PAS dah global sekarang oooo, penyokong derang siap import dari INDON dan dgr cerita BANGLA pun ada dalam perhimpunan mereka! WOW!! Tahniah PAS kerana begitu bersikap GLOBAL! Agaknya nanti giliran penyokong import dari Bangla lak tidur atas jalan kut. Haritu penyokong dari Indon tidur atas jalan kan? hehe Apa pun aku pun berdoa agar persidangan tu nanti akan berjalan dgn baik dan tanpa sebarang insiden buruk demi Rakyat Perak. Harap2 pembangkang akan bersikap lebih matang pada hari itu.

Anonymous said...

hk, Speaker tak boleh ditukar sewenang2nya.memang diakui BN mempunyai majoriti di DUN tapi orang yang paling berkuasa di DUN sekarang adalah Speaker dan bukannya MB atau orang lain.Speaker berhak tolak usul tersebut atas apa alasan sekali pun seperti yang biasa berlaku di Parlimen atau DUN.jadi bila Speaker telah menolak usul tersebut, Sivakumar tetap akan jadi Speaker sehingga DUN bubar dlm PRU akan datang.

Sebab itulah Zambry tidak kisah Speaker bukan drp BN. Zambry: BN tak kisah Speaker DUN Pakatan tapi perlu "mesra" (mstar)