Beliau pernah di pujuk rayu banyak kali oleh pihak-pihak yang rapat dengan PKR untuk menyertai parti itu sebelum ini. Dengan kemasukan Raymond ke GERAKAN, ini akan melenyapkan pelbagai spekulasi politik sabah.
Sebelum ini ada pelbagai usaha dari PKR untuk memancing dan membeli Adun dan MP BN. Peristiwa yang lebih dikenali sebagai peristiwa 16 September ini akhirnya gagal. Ya, kegagalan Anwar Ibrahim untuk menjadi PM ke 6. Dia berlagak seperti ayam betina yang bertelur sebiji riuh sekampung.
Kini PKR beralih ke Pilihanraya Kecil untuk cuba merelevankan nya sebagai parti yang kononnya memperjuangkan rakyat. Selepas Bukit Selambau kini di Penanti dan seterusnya di Kota Alam Shah. Rakyat akan terus dihayak kekiri dan kekanan dalam permainan politik kuasa oleh PKR DAP dan PAS.
No comments:
Post a Comment