Tun M pernah tulis buku Dilema Melayu untuk mengambarkan bagaimana melayu perlu berubah minda nya untuk maju kehadapan. Tanpa perubahan minda, tak mungkin Melayu boleh maju seperti bangsa lain, tulis Tun M.
Anwar Ibrahim mengajak rakyat malaysia berubah dalam apa yang disebut Reformasi. Walaupun dia berada dalam penjara, namun oleh kerana askar-askarnya adalah orang muda yang berumur 20an, 30an dan 40an maka proses reformasi itu berlaku. Ia berterusan berlaku pada PRU ke 12. Ia kekal sampai sekarang.
PM ke 6, DS Najib mengajak rakyat berubah. Najib kata, kita kena berubah kalau tak kita kena ubah. 'Magic word' Najib adalah TRANSFORMASI.
Soalnya adalah apakah perubahan yang hendak dibawa oleh Najib? Apakah Tranformasi yang hendak dibawa oleh Presiden Umno yang baru ini? Semalam Anwar dah 'attack' Najib. Dia kata Tranformasi Najib ini kosmetik saja. Betul ker?
Dah lebih sebulan Najib menjadi Presiden Umno, pengharapan rakyat sangat tinggi. Tapi rakyat masih tak nampak apa-apa, kecuali yang tukar hanya nama menteri.
Yang orang Tun A ramai yang terlungkup. Menantu Tun A tak dapat apa-apa. Anak Tun M pulak yang kalah dapat jadi Timbalan Menteri. Inikah perubahan Najib, perubahan kontra. Yang menang tak jadi menteri, tapi yang kalah pulak yang naik pangkat.
Berjayakah perubahan itu jikalau ia hanya didokong oleh golongan berumur 70an, 60an dan 50an. Sedangkan mereka yang berumur 40an, 30an dan 20an tak diberikan tempat.
Kalau begitu maka kemelut Umno yang bergelumang disisih oleh pengundi muda akan berterus-terusan. Yang ini pembangkang bijak, mereka memberi ruang kepada generasi muda untuk berpatisipasi. Mereka mengiktiraf generasi muda.
Generasi X dan Y adalah aset kepada mereka yang merancang jauh kehadapan. Umno bagaimana ? Itu DS Najib dan kuncu-kuncunya kena jawab.
Kesemua Jemaah Kabinet adalah dari generasi 'The Baby Boomer'. Manakala hanya 20 % Timbalan Menteri adalah dari Gen X. Hanya 20 % saja ker ? Sedangkan 70 % mengundi dinegara ini adalah golongan Gen X dan Y.
3 comments:
Jiwa muda adalah jiwa yang suka memberontak. Maka sekiranya tidak terkawal maka ia sangat mudah di manipulasi oleh pihak tertentu.
Bagaimana nak buat "Transformasi" jika Kabinet masih lagi dibayangi oleh Tun M. Orang muda bukan hendak memberontak tapi mencari perubahan yang memberi faedah kepada semua dan bukan untuk faedah segolongan orang. Cuba fikirkan beza antara orang muda yang hantar e-mail melalui telefon bimbit dengan orang muda yang hantar e-mail melalui komputer....
Golongan muda perlu diberi peluang untuk merealisasikan transformasi umno..jika tidak ayat2 cinta ini tak lebih dari retorika umno semata-mata..saya setuju bukan semua golongan muda yang boleh menjadi pemimpin kerana jiwa muda dan memberontak tetapi mustahil tiada langsung golongan muda yang berkelayakan untuk diketengahkan..Pemuda dah kena mula masuk ke ipt2 utk melakukan pengkaderan..jgn masuk ke ipt hanya untuk pertandingan bola sepak, pesta nyanyian dan hanya bersandarkan perkara2 yg lagho semata-mata...
Post a Comment