Monday, May 4

Husam KUDA Anwar ?

Minggu lalu Husam Musa dah istihar dia akan terus berhadapan dengan siapa saja untuk jawatan Timbalan Presiden Pas. Dia nak jadi Timbalan Presiden Pas, 'at any cost', kata seorang rakan Pas. Tahniah Husam kerana berani menghunus senjata.

Husam adalah Naib Presiden Pas yang paling kanan. Dia juga menang dengan undi yang besar dalam pilihanraya umum lalu.

Husam juga 'blue eye' boy Nik Aziz. Dia anak didik Nik Aziz. Dia pernah jadi setiausaha politik Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Semua orang tahu, Husam adalah panglima utama puak Erdogan dalam Pas. Antara orang kanan Husam adalah Mahfuz Omar dan Hatta Ramli.

Husam ni artikulate orangnya. Semasa dia menjadi Ahli Parlimen, hujahnya di Parlimen sangat menyengat. Dia dihormati oleh rakan dan lawan di parlimen.

Husam rapat dengan Anwar melalui Kamaruddin Jaffar. Selaku setiausaha Agung parti, kamaruddin adalah instrument utama yang cuba meyakinkan Jawatankuasa Pusat bahawa Pas kena rapat dan berbaik dengan Anwar. Semua orang tahu hubungan rapat Anwar dan Kamaruddin sejak mereka berada dalam ABIM lagi.

Husam dan Kamaruddin adalah harapan Anwar dalam Pas. Anwar tahu dia tak boleh harapkan golongan-golongan ustaz dalam Pas. Bagi dia golongan ini tak 'deliver' dan tak paham idealisme nya. Dia juga biasa kata kat DAP yang Pas ini tak tahu politik, itu dia merujuk golongan ustazlah dalam Pas.

Anwar tahu Husam adalah bintang yang paling cerah dalam Pas. Husam ini berani dan dia sedia ambil risiko. Anwar nak jadikan Husam sebagai Dr Burhanuddin kedua dalam Pas. Bagi Anwar golongan sekular macam Husam juga boleh jadi Presiden Pas macam Dr Burhanuddin.

Yang akhirnya Anwar akan lebih kuat bila grup Ulama dan Erdogan ini bergaduh merebut jawatan. Anwar nak buktikan bahawa dia boleh 'control' parti orang melayu. Dia boleh 'control' PKR dan dia boleh 'control' Pas.

Husam cuma 'puppet' Anwar. Husam kuda tunggangan Anwar dalam Pas. Adakah orang Pas sedar kini ada tangan luar yang cuba kuasai parti?

2 comments:

PARPUKARI said...

SALAM TUAN, DIA NI LAH KLUDA ANWAR, SIAPA KUDAKAN SIAPA ITU SAYA TAK TAK TAHU LA, TAPI HUSAM LAH KEPALA ERDOGAN DALAM PAS YANG TAK NAK PANDANG UMNO LANGSUNG!

DEMI KUASA ANWAR DAN HUSAM SANGGUP BUAT APA SAHAJA!

PAS UNTUK SEMUA said...

UMNO sudah nampak semakin terhimpit.
Takut akan dimalukan sekali lagi di N12 Penanti.

Hingga kesaat ini UMNO masih lagi membisu sama ada bertanding atau tidak.

Sekarang UMNO boleh kata apa saja terhadap PKR, PAS atau DAP, tetapi selagi sokongan kaum cina dan india dari DAP terhadap Pakatan Rakyat, UMNO akan menemui ajal nya tidak lama lagi.