Friday, May 8

Dun Perak-Akhirnya Rakyat Menang

Kemelut Dewan Undangan Negeri Perak berakhir dengan kemenangan kepada rakyat. Rakyat yang diwakili suara wakil rakyat yang teramai di Dun yang penuh bersejarah itu.

Ya, Perak adalah negeri yang paling bersejarah. Residen Inggeris yang kurang ajar mati dibunuh di Perak oleh pahlawan dan pembela Melayu disini.

Kali ini ia juga telah menukil sejarah dalam kemodenan lembah kinta. Perebutan kuasa oleh sekumpulan kecil wakil rakyat yang sombong, angkuh, biadap dan menderhaka kepada Raja Melayu.

Kumpulan yang didokong oleh wakil rakyat yang tak sedar diri itu cuba menghasut rakyat untuk melakar dan menginterpretasi permainan politik baru. Politik demonstrasi ala-Thailand, politik caci maki hamun, politik adu-domba, politik seks bebas, politik anti Raja. Mereka menyalahgunakan demokrasi.

Mereka melakukan tanpa malu. Mereka sedia bertumbuk dan bergelut lantaran di dalam sidang DUN itu sendiri. Mereka langsung tak malu dengan rakyat. Apa nak malu asalkan negeri ini, kami kuasai, kata mereka.

Mereka bukan olok-olok permainkan dan lawan Raja. Mereka betul-betul permainkan dan lawan Raja. Mereka sombong, biadap dan derhaka dengan Raja. Bagi mereka Raja adalah kisah semalam dizaman datuk nenek moyang mereka.

Mereka wakil rakyat tetapi jiwa mereka bukan dari rakyat untuk rakyat dan kepada rakyat. Camry adalah bukti nafsu mereka yang haloba. 'Package' hutan balak adalah bukti mereka salah guna kuasa.

Wajar juga lah kumpulan besar wakil rakyat yang mewakili rakyat teramai masih siuman. Mereka menjadi penyelamat kepada rakyat yang mempunyai harapan tinggi dalam kehidupan bernegara.

Tanpa rakyat, negara tak kan wujud. Tanpa negara, kerajaan tak kan wujud. Mempunyai ketua negeri seperti Dr Zamry, rakyat masih boleh berharap.

Semalam menyaksikan betapa de corum nya Dr Zamry di Dun. Dia 'very cool'. Dia tidak seperti budak-bidak. Dia tidak cemas. Dia tidak gabra. Dia sangat relax. Dia 'very commanding'.

Dia lulus ujian pertama menjadi MB Perak yang sangat-sangat bergelora. Dia yang kita cari, berani, berhemah, jujur, tegas dan amanah.

Politik Perak yang terlalu celaru ini memerlukan orang macam Dr Zamry sebagai 'trouble shooter' dan 'Captain' yang boleh terus membawa negeri dan rakyat keluar dari polemik politik yang tak kunjung sudah. Tahniah Dr Zamry. Terima kasih rakyat Perak.

2 comments:

Anonymous said...

Hakikatnya, apa yang dipertikaikan adalah proses pengambil alihan kuasa oleh BN.

1) Kehilangan 2 ADUN yang tidak dapat dikesan beberapa hari, akhirnya berdiri bersama2 pemimpin kanan BN semasa pengisytiharan BN mempunyai majoriti.

Sebelum hari tersebut, persepsi menyatakan mereka ini di bawa dan disembunyikan dalam usaha untuk mejatuhkan kerajaan BN. Bila perkara ini benar2 berlaku, bila persepsi manjadi kenyataan, membenarkan pemahaman ramai, BN memang menjalankan satu usaha untuk menjatuhkan kerajaan PR Perak.

2) Peristiwa perlantikan Dr. Zambry sebagai menteri besar. Satu kesalahan yang nyata apabila BN tidak menunggu sidang seterusnya untuk membawa ke DUN undi tidak percaya kepada Dato' Ser Nizar. Dato' Seri Nizar tidak meletak jawatan, justeru perlantikan tersebut menyebabkan permulaanya krisis di Perak. BN terlalu gopoh dan rakus untuk mengambil alih pemerintahan.

3) Penglibatan dan sokongan secara nyata pasukan polis dalam usaha mengambil alih kerajaan semasa siadang DUN 7 Mei membenarkan persepsi awal sokongan pasukan Polis berpihak kepada BN walhal Polis sepatutnya berkecuali.

Masalah utama bukanlah pemngambilalihan kuasa tetapi cara dan proses yang melihatkan kelompok BN yang terlalu tamakkan kuasa untuk memerintah.

4) Dr Zambry menyatakan menggunakan kuasanya sebagi Menteri Besar Perak untuk memberikan kuasa kepada Timbalan Speaker untuk meluluskan usul perlucutan dan perlantikan speaker baru. Walhal umum mengetahui, mahkamah masih belum memutuskan siapa Menteri Besar. Harus ingat, sewaktu Timbalan Speaker mengendlikan usul tersebut, Speaker DUN Perak masih wujud dan berada dikedudukannya sebagai Speaker yang sah.

Speaker yang baru belum mengangkat sumpah di hapadan Paduka Sultan sepertimana proses yang biasa. Justeru Speaker baru (masih tergantung statusnya)tidak layak untuk mengendalikan DUN Perak pada 7 Mei 2009 dan segala keputusannya boleh dipertikaikan.

Unknown said...

Tahniah dan terima kasih. Ksmi mengikuti posting anda secara langsung dari DUN Perak semalam.

Excellent job, bro!