Monday, May 11

Dun Perak-siapa MB sah

DARI KOMPLEKS MAHKAMAH JALAN DUTA-Setakat ini keadaan tenang2 saja di komplek mahkamah menjelang keputusan MB Perak.

Cuma 60 pas wartawan saja masuk kamar mahkamah. Mahkamah Tinggi menetapkan hari ini samaada perlantikan Dr Zamri sebagai MB Perak sah atau tidak disisi undang.

Seperti biasa kita boleh agak, kalau mahkamah mengesahkan Dr Zamri sebagai MB maka Pakatan Pembangkang akan kata mahkamah berat sebelah.

Namun kita percaya sebarang keputusan mahkamah pada hari ini akan dirayu hingga ke peringkat mahkamah Persekutuan.

Maka yang untung adalah pasukan peguam yang terlibat yang tentunya akan mengenakan ratusan ribu ringgit sebagai fee guaman kepada klient mereka.

1 comment:

Cucu Tok Selampit said...

Terima kasih Tuan di atas maklumat terkini. Saya mengikuti blog tuan semasa persidangan DUN perak tempoh hari. Tepat dan terkini. Terima kasih sekali lagi.