Thursday, May 28

Husam lari lintang pukang dikejar Ezam

Kelmarin jam 9 30 malam di Tv9 sepatutnya berlangsung perdebatan paling hangat bulan ini. Perdebatan antara Ezam dan Husam Musa. Namun ramai kecewa, Husam tak cukup kejantanannya untuk berhadapan dengan pengasas GERAK, sebuah Ngo anti Rasuah.

Polemik Ezam dengan Husam bukan baru. Ia bermula seawal ketika Ezam dalam Pkr lagi. Husam sering mengunakan Saifuddin Nasution sebagai 'front' nya dalam Pkr untuk berhadapan dengan Ezam. Itu sebabnya Saifuddin pernah bertugas sebagai Pengarah Institut Tok Kenali, sebuah badan penyelidik yang menjadi 'front runner' Husam dalam melaksanakan urusan politik dan sosial di Kelantan.

Tatkala Ezam punyai hubungan rapat dengan Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, Husam mempunyai Saifuddin yang sentiasa menyalurkan maklumat dalaman Pkr kepada nya. Husam rupanya menyimpan hasrat untuk mempunyai hubungan rapat dengan Anwar.

Selepas Ezam keluar Pkr dan mengasaskan Gerak, dia pernah menemui Husam bercerita panjang mengenai Anwar kepada Naib Presiden Pas itu. Husam juga pernah kata, Pas rapat dengan Anwar untuk Pas menjadikan Anwar sebagai kuda tunggangan nya. Peristiwa ini Ezam pernah bongkar sewaktu dia berceramah di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Sekarang sebenarnya siapa tunggung siapa? Pas tunggang Anwar atau Anwar tunggang Pas. Itu Husam kena jawab kerana dia yang memulakan perkataan tunggang menunggang ni.

Sejak dari itu mereka sering berbalas kenyataan dalam akhbar. Banyak kumpulan media yang cuba mempertemukan Ezam dan Husam, namun semuanya tidak berjaya.

Rasuah menjadi ikon perjuangan kedua-dua pemimpin muda ini. Ezam membuat keputusan untuk meninggalkan Pkr kerana tidak boleh lagi berkompromi dengan perangai peribadi Anwar. Ezam kemudian menubuhkan gerakan anti rasuah atau Gerak.

Husam pula mempunyai cita-cita besar menjadi orang no 2 Pas. Dia berhasrat menjadi talibarut no 1 Anwar dalam Pas. Dia ingin rapat serapatnya dengan Anwar. Sebabnya mudah, kalau Anwar naik jadi Pm, Husam akan jadi menteri kanan pentadbiran Anwar. Kalau pun Anwar terkehel dari jawatan itu tentunya Husam mempinyai cita-cita menjadi Pm pulak.

Husam termakan cara politik Anwar yang menjadikan matlamat menghalalkan cara. Dalam usaha nya nak menjadi Timbalan Presiden Pas lah, kedengaran suara dari dalam yang menyebut ada calon pimpinan utama Pas yang membuat sogokan untuk menjadi pemimpin. Kenyataan ini di buat oleh Ustaz Daud Iraqi, ketua dewan ulama Pas. Tak tahu pula siapa yang menyokok dan siapa yang kena sogok. Yang jelasnya sogokan, politik wang dan rasuah kini jelas berlaku dalam Pas.

Soal Rasuah lah yang menjadi topik dalam debat Ezam dan Husam dalam hujah. Namun dengan ketidak hadiran Husam, rakyat boleh agak siapa yang kaki rasuah dalam Pas. Tentunya Husam tahu Ezam datang dengan pelbagai bukti rasuah berlaku dalam Pas. Ezam adalah jenis cakap serupa bikin.

Caranya bagaimana nak mengurangkan kerosakan? Mudah, tak payah datang berdebat. Dari kena depan batang hidung, lebih baik menyorok di belakang pintu !

Ini bukanlah budaya politik Pas, tapi begitu lah cara pemimpim muda Pas berpolitik. Mereka ini cakap tak serupa bikin. Pas sekarang tak macam Pas
dulu. Pas dulu adalah Pas hudud negara Islam. Pas sekarang adalah Pas untuk semua. Caranya adalah solat jangan tinggal, babi boleh bela, bontot boleh main, semuanya BOLEH. Matlamat menghalalkan cara.

Tabik untuk Ezam yang terus terusan berani kehadapan. Dia pernah masuk penjara, dia pernah masuk ISA - semuanya kerana perjuangan. Pemimpin kanan Pas macam Husam adalah perkara sangat kecil untuk dirobek oleh Ezam. Keberanian adalah elemen nombor satu kepimpinan. Usah bicara soal perjuangan kalau kail panjang sejengkal, kalau takut berumah di tepi pantai.

2 comments:

Anonymous said...

Salam, Tuan/puan dipelawa untuk buat komen dalam blogs atau memberi idea yang berguna,walaupun fahaman berbeza,saya tidak kisah. http://penpusaka.blogspot.com

Anonymous said...

tuan banyak tahu tentang husam, ezam, pas dsb. mungkin tuan boleh kupas sedikit kelebihan perdebatan mereka kpd umat nabi? tk