Monday, May 25

MengIKONkan Chin Peng - apa agenda Gerakan?

Kemelut Parti Komunis Malaya (PKM) bukan baru. Ia menular sejak belum merdeka lagi sejak lebih 63 tahun yang lalu.

Waktu itu umur Chin Peng sekitar 30 an. Umur yang 30 an memang umur untuk berreformasi dan umur untuk mengangkat senjata. Waktu usia muda itu lah Chin Peng sudah menjadi orang no 1 komunis di Malaya.

Apa beza PKM dengan Umno, Mca, Mic, Pas, Dap, Pkr sebagai sebuah parti politik? Antara perbezaan nya adalah soal fahaman. Umno, Mca, Mic, berfahaman nasionalis. Pas berfahaman Islamis. Dap dan Pkr(yang bercantum dengan Prm) berfahaman sosialis. PKM berfahaman komunis.

Komunis adalah satu fahaman atau idealisme yang tidak mengiktiraf tuhan. Fahaman komunis tidak percaya Allah itu ada. Dalam komunis, semua masyarakatnya adalah sama, tidak ada masyarakat berkelas, walaupun dari segi praktikalnya para pemimpin komunis mempunyai kehidupan kesenangan dan kemewahan yang amat luar biasa. Negara komunis adalah negara kebajikan kerana komunis tidak mengiktiraf pasaran ekonomi bebas 'laisse faire'.

Perjuangan komunis di Tanah Melayu adalah perjuangan yang berdarah. Komunis melakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan rakyat. Komunis sembelih rakyat, komunis bunuh rakyat, komunis tembak rakyat, komunis rogol rakyat.

Komunis sangat zalim. Kezaliman komunis diluar batasan bangsa dan agama. Komunis zalim kepada orang Melayu, Cina dan India. Komunis zalim kepada agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Itu sebabnya membenci komunis ini bukan sebab perkauman tetapi disebabkan kezaliman dan penganiayaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Yang mempertahankan rakyat dari ancaman komunis adalah pasukan Tentera dan Polis. Perajurit negaralah yang mengorbankan nyawa dan badan untuk keamanan negara, kemakmuran ekonomi dan kesenangan rakyat hari ini.

Kepala PKM diMalaya adalah Chin Peng, dia dibantu rapat oleh Rashid Maidin dan isterinya Samsiah Fakeh. Membenci PKM bukan disebatkan perkauman, dalam PKM pun ada figure melayu.

Apabila Dr Teng Hock Nan Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang membuat saranan kerajaan membenarkan Chin Peng kembali di Malaysia, Dr Teng sebenarnya telah melukakan banyak hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dia telah melukakan hati orang Melayu, Cina dan India.

Dia juga telah melukakan hati perajurit tanah air Polis dan Tentera yang mempertahankan negara dengan keringat sehingga ke titisan darah terakhir. Kisah keganasan komunis di Batu Pahat, di Fraser Hill, di Kuala Kubu, di Bentong, di Hutan Melintang dan keperwiraan Leftenan Adnan adalah beberapa contoh ceritera perjuangan anak bangsa yang wajar tidak dilupakan oleh pemimpin politik yang ingin berjiwa besar.

Adakah Pemimpin Gerakan hanya berjiwa kecil yang bermain politik sempit perkauman yang hanya memikirkan 'the next election'. Atau adakah kepulangan Chin Peng sebagai hadiah 1Malaysia. Atau adakah semua pemimpin wajar bertanggung jawab untuk berjiwa besar memikirkan warisan ' for the next generation'?

Malaysia adalah untuk semua rakyatnya dengan warisan sejarah yang amat kaya untuk dihargai sebagai panduan kehidupan bernegara. Apa sebenarnya agenda Gerakan? Apa sebenarnya agenda BN ? Apa sebenarnya agenda pakatan pembangkang ?

3 comments:

Suara Hati Kecil said...

Bro,
Gerakan ni lebih kurang cam Chin Peng gak...berlakun....tapi mereka ni smart la....nak hipokrit kan melampau sangat lak.

Zainal A. Kasim said...

Saudara,

1. Individu berkenaan cuba nak "test" maklumbalas Kerajaan dan masyarakat;

2. Malangnya yang nak test tu daripada orang dalam sendiri (orang Kerajaan yang memerintha);

3. Jangan kita biarkan gerakan seperti ini. Wajar kita habis-habisan;

ikhwan hakeem said...

Kepada sesiapa yang menyokong perjuangan komunis, anda fikirlah sendiri. Mungkin tidak ada saudara mara anda yang terbunuh, cedera atau hilang sebahagian anggota ketika menentang ancaman PKM. Anda jangan mengagungkan 10 Rej PKM, tetapi melihat dengan secara menyeluruh PKM, matlamat mereka, perjuangan mereka dan objentif mereka. Kalau anda menganggap pejuang komunis sebagai wira atau pejuang kemerdekaan, anda sememmangnya perlu membaca balik sejarah dan fakta siapa PKM.
Buat rujukan apa yang mereka telah lakukan apabila Jepun menyerah kepada Tentera Bersekutu. Berapa ramai yang dibunuh hanya kerana disyaki bersekongkol dengan British atau tali barut British. Apabila British masuk semula ke Tanah Melayu, mereka terus menentang dengan senjata dan kekerasan. Mereka mengugut orang-orang kampung menyokong mereka dan sesiapa yang tidak menyokong dibunuh. Orang-orang kampong itu adalah orang-orang Melayu.
Apabila Tanah Melayu atau Malaya merdeka dan menjadi Malaysia, mereka terus menentang. Mereka bergerak dan beroperasi di hutan-hutan Malaysia, di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Kelantan. Ramai anggota keselamatan dari Tentera dan Polis yang terkorban, cedera dan hilang anggota badan akibat diserang hendap, terkena jerangkap samar dan ditembak oleh PKM.
Sekitar hujung 60-an dan awal 70-an, negara dikejutkan dengan bom bendera yang dipasang oleh PKM. Ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa dan ada antaranya kanak-kanak kerana mencabut atau mengusik bendera yang dipasang dengan bahan letupan.
Jika masih ada rakyat Malaysia yang berbangga dengan perjuangan PKM, dan mencampur adukkan kemelut politik semasa, maka anda sememangnya bukan warganegara yang setia yang tidak mengikut prinsip-prinsip rukunegara. Saya tidak akan memaafkan mereka kerana beberapa saudara saya terkorban dan cedera angkara tindakan kumpulan-kumpulan Parti Komunis Malaya (PKM). Saya tidak akan memaafkan mereka. Komen saya ini bukan dipengaruhi oleh emosi tetapi berdasarkan kepada tindakan PKM menentang Kerajaan Malaysia. Saya juga INGATKAN walaupun PKM telah meletakkan senjata, tetapi mereka tidak mengugurkan ideologi komunis.