Saturday, May 16

Info Perak 3 - Pakatan Anti Demokrasi

LAWAK SUNGGUH - Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussein kata hari ini pakatan TAK LETAK APA2 SYARAT jumpa PM cuma MAU KUASA PILIH KERAJAAN PERAK DIKEMBALI PADA RAKYAT.

Mendengar kenyataan begini dari bapa sosialis malaysia itu, ada kawan yang dok sembang dikedai kopi mengeleng kepala. Dia kata malaysia dah 12 kali ada pilihanraya umum dan berpuluh kali ada pilihanraya kecil, kita bukan negara diktator macam Cuba. Kita adalah negara yang sangat demokratik.

Husam Musa pulak kata dia nak jumpa Ku Li , SUHAKAM, Dr Chua Soi Lek dan lain2 yang sokong bubar DUN Perak bentuk 'barisan politik' desak BN bubar.

Taktik Husam sebagai calon underdog Timbalan Presiden Pas. Dia akan bercakap apa sahaja tentang politik perak kerana Nizar itu sepupu sepapat dengan nya dalam kumpulan Erdogan.

DATUK ZAHID HAMIDI pula berpendapat tak perlu pilihanraya Perak, cara terbaik selesai krisis adakan sidang khas DUN (undi tak percaya pada Nizar).

Ini cakap stereo type pemimpin Umno yang tiru idea orang. Kenapa pulak baru nak cadang hari ini, bukan sebelum ini? Ini adalah idea Datuk Aziz Abd Karim, Hakim Mahkamah Tinggi yang high profile namanya sekarang.

DS SHAHIDAN KASSIM tanya apa jadi kalau p/raya semula Perak keputusan sama.Nak p/raya lagi ke? Katanya jangan peningkan rakyat.

Pandangan ini sedikit analitikal. Betul jugak kalau keputusannya seri atau majoriti nipis macam mana? Kan maknanya wal hasil balik asal.

Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan berkata pula dalam PRU 2004 beza PAS-BN di Kelantan cuma 1 kerusi sahaja. BN tak minta bubar DUN Kelantan pulak masa itu. Di Perak BN ada 3 majoriti. Untuk apa bubar?

Ini pandangan pemimpin umno yang inteligen. Faktanya solid dan membuka mata. Tapi pemimpin cerdik macam ini biasanya tak kekal lama dalam Umno.

Kenapa yer BN tak sibuk-sibuk hasut rakyat untuk buat demo di Kelantan masa lepas PRU 2004 dulu? Kenapa yer politik BN begitu tertib berbanding politik pakatan pembangkang yang rakus, sembrono dan gila kuasa?

Pakatan pembangkang kena belajar makna demokrasi. Demokrasi bukan maknanya pilihanraya setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan atau setiap tahun. Kita bukan macam Thailand yang ada pilihanraya umum setiap dua tahun dan ada rampasan kuasa tentera setiap tahun.

Demokrasi itu maknanya siapa yang dapat lebih itu dia lah memerintah. Walaupun lebihnya itu adalah satu atau dua atau tiga atau empat atau lima dan seterusnya.

Menafikan kerajaan BN dibawah pimpinan Dr Zamri adalah anti demokrasi. 31 orang Adun yang menyokong BN adalah Adun yang sah dipilih rakyat dalam kuasa yang rakyat berikan dalam PRU 12 yang lalu.

7 comments:

tempursakti said...

Salam,
sokong sangat hujah yang telah diberikan,pilihanraya itu tanda nya demokrasi,BN cukup majoriti BN perintahlah...buat apa pembangkang tak puashati lagi...sebenarnya pembangkang kecewa sebab depa tak dan terfikir nak kukuhkan majoriti mudah yang depa dapat dari kesilapan rakyat yang bagi depa menang pada PRU12 dulu...la ni bila depa hilang kuasa memerintah perak...nak tunjuk kata depa baguihh...depa pakat-pakatlah cari pasai nak salahkan BN...Biasalah bro...demokrasi dipakai guna bila menang saja...bila dah tak berkuasa mana nak pakai lagi...kan chauvenis DAP yang perintah perak sebelum ni...PAS jadi tok kong saja...

Anonymous said...

Betol ke yang lompat tu ,pilihan rakyat?,BN di kelatan hanya 1 kerusi lebih dulu semua nya pilihan rakyat,
Bukan nya lompat.Kalu ini di katakan demokrasi,Adalah lebih baik tak perlu pilihan raya,Lebih baik wakil rakyat di pilih oleh Sultan,Rakyat cuma mengundi calon calon yang telah di pilih.

Dan satu lagi mana yang lebih bermoral lompat parti ke letak jawantan?.

Anonymous said...

Anon..ape kes nak lompat sampai 31 org dan kejar sampai ke taiwan dan di canang satu dunia 'we have enough numbers to form the govt'?

mFa@anon said...

sosialis itu salah satu kejayaan puak zionis dalam perlaksanaan protokol ke-13.tahukah kita bahawa terdapatnya aliran jews socialist?cabang kpd fahaman sosialist juga.

sosialist bukan democracy..jauh bezanya,tp kenapa bapak socialist ini mencampuri urusan democracy '31-28' di perak?

Anonymous said...

kalau nak letak jawatan sebab nak sambung belajar,

baik jangan jadi YB awal2...

mudamudi-sku said...

Yang lebih bermoral adalah yb eli. Tak payah letak jawatan, itu masalah peribadi.

TAAVEEKUN PERAK said...

Pakatan hampeh ini bilamana kputusan menyebelahi mereka semua betul,halal,demokrasi,tak rasuah,suci.Jika kputusan sebaliknya semua tak betul,haram,palsu,tak sah dan mcm2 lagi.PAKATAN HAMPEH