Tuesday, May 19

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

Rakyat tetap bersama umno - buktinya dalam PRU 12 umno menang majoriti besar kawasan pengundi melayu dan BN menang majoriti di Parlimen.

Siapa yang salah guna kuasa RAKYAT ?

1. Letak jawatan MP sebab nak nak bagi jawatan kat laki ie permatang pauh.
2. Letak jawatan ADUN sebab ada hubungan luar perkahwinan hingga melahirkan anak luar perkahwinan ie bukit selambau
3. Letak jawatan ADUN sebab nak lanjut pelajaran kununnya ie penanti
4. Dan lagi ada isu letak jawatan ADUN Bogel Negeri Selangor ie bukit lanjan

Kemelut politik terlampau ini disebabkan ada parti politik yang ditubuhkan dinegara ini yang hanya memperjuangan kuasa untuk menjadi perdana menteri. Perjuangan politik peribadi ini berjaya menjadikan melayu tergadai di Perak dan Islam semakin dipermainkan oleh pemimpin cina yang menggunakan ayat Quran untuk memesongkan aqidah dan pemahaman umat Islam.

Dan kini pemimpin itu menggunakan ancaman pilihanraya kecil untuk 'stay' relevan dengan arus rakyat. Tanpa pilihanraya kecil dia menjadi pemimpin adu domba yang irrelevan dengan perjuangan rakyat.

RAKYAT semakin celik dan tidak akan mudah ditipu lagi dengan permainan 'bon tot' oleh politik sempit perkauman yang dibawa oleh suku sakat penyalahguna kuasa rakyat.

1 comment:

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

VIRUS2 yg memudaratkan negara harus dihapuskan.Semakin hari semakin terhapus.