Sejauhmanakah kekesanan nya kepada jentera cawangan ? Belum lagi ! Kepada jentera bahagian ? Juga belum-belum lagi ! Kepada jentera Perhubungan Negeri ? Juga belum-belum-belum lagi !
Sudah 1 tahun 3 bulan PRU 12 meninggalkan kita. Nampaknya belum ada kekesanannya lagi perubahan yang ingin dilihat oleh rakyat. Rakyat akar umbi tak lihat kebaikan apa-apa pun, melainkan rasuah politik wang yang dihidangkan oleh media kepada rakyat sejak 8 bulan kebelakangan ini. Eh eh teruknya politik wang dalam umno, kata seorang sahabat setutorial di Uiam dulu.
Penerangan Umno masih tercari-cari identiti sendiri walaupun ia adalah parti yang tertua dinegara ini. Walaupun sebelum ini Umno mempunyai ramai bekas ketua penerangan diperingkat pusat namun keberkesanan jentera penerangan Umno hanya lah boleh diberi 2 dari 10 markah. Penerangan adalah jabatan yang GAGAL dalam Umno.
Base parti politik di Malaysia adalah ceramah! Pas ditubuhkan sejak tahun 1953, apa kerja Pas? Kerja Pas adalah ceramah-ceramah-ceramah. Dap yang ditubuhkan tahun 1965, apa kerja Dap? Kerja Dap adalah ceramah-ceramah-ceramah. Pkr yang lahir tahun 1998, apa kerja Pkr? Kerja Pkr adalah ceramah-ceramah-ceramah !
Ceramah-ceramah-ceramah lah yang menjadikan Pas, Dap, Pkr relevan sehingga hari ini. Rakyat mendengar apabila mereka berceramah. Nampaknya ceramah adalah perkara asas dalam dalam politik. Hitler pernah buktikannya, Obama telah buktikan, pakatan pembangkang di Malaysia telah juga buktikan.
Ketua Penerangan Umno yang baru Ahmad Maslan jangan lah syok sendiri tanpa ada program yang konkrit yang nak dilaksanakan. Ya, memang tugas berat yang menanti kerana Penerangan negeri, bahagian dan cawangan memang tak tahu nak buat ceramah walaupun parti dah berusia 63 tahun.
Masa tak akan menunggu Umno. Saya bimbang masa 3 tahun 6 bulan menjelang PRU 13 tidak akan cukup jikalau penerangan Umno terus merepek-repek dan merewang-rewang tanpa ada hala tuju.
Tentunya gen X dan Y akan terus teruja dengan retorik pakatan pembangkang yang panas, 'sweet and sour' menghentam Umno dalam ceramah yang berapi-api. Dalam politik, api kena lawan dengan api, barulah rakyat akan buka mata !
2 comments:
Umno semua kejar duit, tak ada duit tak buat kerja... namanya aje demi bangsa, agama dan negara... slogan kosong dan rakyat pun dah menyampah....
Komen yang bernas.
Akan terbit semula di laman web kita di http://mylivingwall.com dan paut kembali ke blog saudara.
Teruskan berblog!
http://mylivingwall.com
Post a Comment