Hakim juga berkata Perkara 16.6 Undang2 Tubuh Perak jelas nyatakan jika Sultan tak beri perkenan bubar DUN, Nizar mesti letakkan jawatan.
Selain dari itu menurut Hakim semasa Nizar mengadap Sultan Perak pada 4 Feb lalu, jelas beliau telah kehilangan kepercayaan anggota Dun dan tidak menguasai majoriti dalam DUN.
Menurut Hakim lagi tiada peruntukan dalam undang2 tubuh negeri Perak yang memerlukan supaya undi tidak percaya dibuat dalam DUN bagi mengugurkan MB.
Hakim juga tegaskan tindakan Sultan Perak jumpa 31 ADUN sebelum lantik Dr Zambry bagi sahkan sokongan kepada BN adalah tindakan yang betul.
Dengan itu Hakim mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi KL sahkan Nizar MB Perak kerana Hakim Mahkamah Tinggi khilaf dalam membuat buat tafsirannya.
Semua alasan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi KL itu adalah keputusan sebulat suara oleh ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan Malaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
keputusan mahkamah rayuan tersebut menandakan matinya demokrasi. bagaimanakah alasan2 seperti itu boleh dihujah tuk mengenepikan keseluruhan hujah dan keputusan mahkamah tinggi?aneh.
Post a Comment