Tuesday, June 9

Awas - Erdogan down but not out

Selepas berlangsungnya 'the grand ceremony' muktamar Pas minggu lalu, kini ramai yang semakin buka mata. Pas menunjukkan kekuatan sebagai parti yang akan menggantikan Umno dalam Pru 14.

Pas yang semakin kuat dan benar-benar kuat menjadi bahan curigaan Dap dan Pkr. Kalau selama ini 'broker Pkr' yang menampilkan kekuatan dengan gaya yang tersendiri, namun kali ini Pas beritahu mereka tak berminat diatur urusan mereka oleh broker lagi.

Broker berstrategi dengan meletakkan pimpinan utama itu orangnya. Namun apabila calon timbalan presidennya kecundang, maka muka masam nampak terserlah. Perwakilan Pas semakin matang membuat keputusan. Mereka tidak mahu ada tangan-tangan luar yang cuba menggangu kekuatan pucuk pimpinan parti.

Perwakilan mahu mereka yang diasuh di universiti dengan menggunakan silibus usrah Pas terus menjadi pelapis parti. Itu sebabnya mereka yang hanya diasuh dengan usrah Abim dan Jim atau Irc tidak kesampaian hendak menjadi timbalan atau naib presiden.

Adakah Erdogan 'out'. Tidak. Mereka 'down' tetapi tidak terkeluar. Erdogan masih ramai berkeliaran didalam jawatankuasa pusat Pas. Kamarudin Jaffar, Hatta Ramli, Lo Lo, Zulkifli Ahmad dan Syed Azman pendokong utama Husam dalam kelab Erdogan masih bertahan dalam pimpinan sebagai jawatankuasa Pusat. Dan setentunya dalam pemilihan dua tahun lagi Hatta Ramli atau Zulkifli Ahmad pula akan menjadikan kuda erdogan merebut jawatan timbalan presiden Pas pula.

Erdogan akan terus membawa arus perjuangan Anwar dalam Pas. Anwar yakin bahawa kalau pun Pas hendak bercantum dengan Umno, yang wajar mainkan peranan adalah budak-budaknya dalam Pas seperti Kamaruddin, Hatta atau Husam.

Kekecewaan Anwar adalah apabila Ustaz Nasharudin yang akan mengetuai gerakan perundingan dengan Umno. Ustaz Nasha tentunya merujuk kepada Hj Hadi dan tidak dengar cakap Anwar. Anwar kini mati langkah dalam Pas. Perjuangan Anwar dalam Pas adalah perlawanan yang panjang. Perjalanan dekat tapi jauh untuk Erdogan.

1 comment:

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Padan dgn muka si Anwar baghdad.