Saturday, June 6

Kuda Anwar Tewas

Ustaz Nasharuddin Mat Isa kekal sebagai Timbalan Presiden PAS dengan mendapat 480 undi, Husam Musa (281) dan Mohd Sabu (261). Demikian yang diumumkan oleh Pengerusi J/K Pemilihan Datuk Mustafa Ali.

Husam merupakan calon favorite Anwar Ibrahim penasihat Pkr. Husam juga biasa dilihat sebagai kuda kuat Anwar Ibrahim dalam Pas.

Sementara itu bagi jawatan Naib Presiden pula mereka yang terpilih adalah Tuan Ibrahim Tuan Man (871 undi), Salahuddin Ayob (824) dan Mahfuz Omar (636).

Perwakilan memperlihatkan keberanian dengan memilih tokoh-tokoh muda sebagai naib-naib Presiden mereka.

Yang jelas dalam percaturan pimpinan Pas kali ini, kumpulan Erdogan tertolak keluar dari pimpinan utama Pas. Kumpulan ini disifatkan sebagai golongan yang sangat rapat dengan Anwar Ibrahim dan disebut juga sebagai tali barut Anwar dalam Pas.

Ust Daud Iraqi ketua dewan ulama Pas pernah menyifatkan ada kumpulan sebagai musuh dalam selimut dalam parti itu. Malahan beliau sendiri pernah membongkar budaya politik wang yang mula menular dalam pemilihan Pas sekarang. Ini dikatakan punyai kaitan dengan pemberian hadiah dan konsesi balak yang dikatakan berlaku dalam pentadbiran parti itu.

4 comments:

Anonymous said...

aku npk skrg kumpulan erdogan menguasai sekian byk perwakilan PAS ....cuba campur mat sabu dan husam ...hehe

npknya erdogan sudah hampir di puncak ....apa maknanya tu ya ....??

zul.

DAPKudaNUARKudaHusam said...

Tahniah Nasar menang..caturan Hadi mmg hebat.memang Hadilah yg undrestmatd.bukan cam Usam,Hadi lebih suka xgila2 sgt dlm brjuang.ciri2 real pemimpin agama.Xnk ganti 2ekor gila kuasa dr Pmmpin yg paham jugak cmne nk jaga bngsa & agma(2ekor tu DAP + PKR(M))Tahniah juga Mat Sabu. Strtegi anda juga berjaya.baru nuar paham.org agama yg khusyuk solat istiharah xnak ko jd leader lg. PEMIMPIN berfikiran agama&bangsa lbh afdal memimpin.xkan xpaham2 lg.Tahniah..org gelar poltical anixxx..xpaham jg ke.Anti Kuda Kepang

kuda oh kuda said...

jgn silap mat sabu tu sorg yg bijaksana. dia masak perangai nuar n the kuda tu..

Parpu Kari said...

SALAM TUAN PUNYA BLOG, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html