Mansor bukan orang baru dalam politik. Dia pernah menjadi Setpol Anwar sewaktu Anwar TPM. Dia tahu sepak terajang Umno.
Referandum Penanti hari Ahad lepas menyaksikan bagaimana rakyat Penanti reject Anwar Ibrahim. 54% rakyat Penanti tidak bersetuju dan protes terhadap Pkr dan Anwar. Mereka mempamirkan komitment tersebut dengan mengagalkan diri untuk hadir dalam Referendum itu.
Yang hadir cuma 46 % sahaja. Maknanya Mansor menjadi TKM 46. % sahaja. Ini kelemahan yang sangat nyata. Rekod Malaysia tercatat sebagai jumlah yang paling sedikit pengundi keluar mengundi. Kerana apa? Kerana mereka protes dengan apa yang berlaku.
Mereka protes kerana demokrasi dipermainkan oleh Pkr dan Anwar. Pkr dan Anwar memperalatkan demokrasi untuk politik oportunis mereka mendapatkan kuasa.
Kini Mansor menjadi TKM yang paling rendah sokongannya di akar umbi! 46 % adalah angka minoriti.
Mansor juga menjadi wakil rakyat dan TKM kepada orang minoriti sahaja. Yang majoritinya 54 %, mereka sudah muak dengan agenda politik Pkr.
Mampukah Mansor menghadapai gelora lautan politik Pulau Pinang tanpa sokongan rakyat. Tentunya tidak. Dia nak kembali kepada rakyat, malangnya cuma golongan minoriti sahaja yang ingin bersama mereka.
Selepas ini Mansor akan ambil tempat Zahrain sebagai ketua perhubungan Pkr Pulau Pinang yang baru. Mereka berdua akan bergaduh dan bertempur sesama sendiri. Itu adat politik, sekali air bah banyak benda berubah. Kita nak tengok siapa yang kuat dalam medan politik pulau mutiara ini - Mansor atau Zahrain. Rakyat Pulau Pinang akan terus dibuai mimpi politik Pkr yang tak berkesudahan.
No comments:
Post a Comment