Rakyat bukan minta wang ringgit dari pemimpin, tetapi rakyat pohon mereka di dampingi, mereka didekati samada dirumah, dimasjid atau dikedai-kedai kopi.
Tun Razak adalah contoh terbaik sebagai pemimpin yang dekat dengan rakyat. Beliau sentiasa bersila dengan rakyat.
Umno kena dekat dengan rakyat agar rakyat lekat dengan Umno. Kini rakyat ada banyak pilihan dengan parti mana mereka nak lekat. Tentunya mereka akan melekat dengan orang yang boleh bersila dengan mereka.
Kalau yang diperjuangkan oleh pemimpin adalah kekayaan maka yang mereka dapat adalah kekayaan dan hedonisme dunia, tetapi mereka tidak akan dapat rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
3 comments:
Saya setuju sangat tuan...pemimpin janganlah menganggap bila rakyat nak dekat itu bermaksud rakyat nak duit pemimpin..rakyat juga punya maruah diri!!..kepada pemimpin BN,teladanilah tingkahlaku pemimpin lama itu...janganlah bila nak datang majlis,kenderaan VIPnya pun nak parking depan pentas..apa salahnya kalau berjalan kaki...kadang kadang meluat tengok fiil YB YB ni...!
Sdr Jomo, terima kasih kerana sudi melayari laman ini. Banyak lagi perkara positif yang boleh dipelajari dari pemimpin yang pernah berbakti ini. Mari kita ketengahkan satu per satu. Semoga pemimpin Umno sekarang dapat belajar dari kesilapan.
betul sdr ...UMNO perlu kembali cara lama ..kembali kepada rakyat ,dekat dengan rakyat ..
sy tertarik dengan pendekatan ahmad maslan mendekati rakyat dan harap ramai lagi YB UMNO dan menteri turut sama seperti Ahmad Maslan
Post a Comment