Wednesday, June 10

Lobi jawatan - Pas, Umno sama saja

Mahfuz yang diketahui rapat dengan Husam dan Mat Sabu cadang kedua-dua pemimpin yang tewas itu diberi jawatan dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Bagaiamanapun sumber PAS kata, perwakilan sudah tolak mereka dan mustahil bekas naib presiden itu diterima kecuali dalam AJK Pusat sahaja.

Fungsi Dewan Harian sama dengan jawatankuasa politik Umno. Lebih hebat adalah penjawat Dewan Harian akan menerima elaun bulanan disamping mempunyai kuasa exclusif dalam politik dan pentadbiran parti.

Dikhabarkan Presiden Pas berhasrat untuk melantik orang muda sebagai Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan Pas Pusat yang baru pada kali ini.

Setiausaha yang lalu Kamaruddin Jaffar dan Bendahari lalu Hatta Ramli yang menjangka diri mereka tidak terpilih lagi ke jawatan itu telah menempatkan diri mereka sebagai Ajk Pas pusat yang terpilih dalam pemilihan parti minggu lepas. Mereka dikaitkan sebagai rangkaian Erdogan yang kepala nya Husam Musa tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden yang sengit.

1 comment:

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Mmg tak dinafikan ada unsur rasuah dalam UMNO dan BN.Tapi rasuah itu lebih dasyat berlaku dalam Parti Pas.Ia dilakukan Secara senyap,terlindung dan diselitkan dgn fatwa,hadis dan ayat Al Furqan.Mmg rasuah dalam Pas itu nampak umpama sedekah dan buat kebajikan.Pas mmg Bahaya. lebih bahaya dari Hindraf.