Thursday, June 11

Line up baru Pas

Orang kanan Haji Hadi, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustapha Ali hari ini dilantik Setiausaha Agung PAS baru ganti Datuk Kamaruddin Jaafar.

Mustapha Ali adalah juga bekas naib presiden Pas. Dizaman Dato Asri dulu beliau pernah menjadi Setiausaha Parlimen, semasa Pas menyertai BN.

Mustapha Ali juga terkenal dengan pandangan yang kritikal terhadap Anwar Ibrahim. Beliau dikatakan mencurigai tingkah laku dan peribadi Anwar.

Sementara itu Hatta Ramli kekal Bendahari PAS, Idris Ahmad Ketua Penerangan. Dua tewas tanding Tim. Presiden Husam Musa dan Mat Sabu hanya dilantik AJK Pusat.

Presiden Pas Hj Hadi juga berkata mesyuarat AJK Pusat di HQ PAS tak sentuh pasal kerajaan perpaduan. Dia juga tak tahu pasal pertemuan sulit Nik Aziz dengan gang Erdogan.

Beberpa buah laman blog semalam melapurkan pertemuan sulit team Erdogan dengan penasihat mereka Nik Aziz disebuah lokasi yang strategik. Ada lah beberapa perancangan mereka untuk menyekat kemaraan Ustz Nasharuddin yang berjaya mengenepikan calon yang mereka sokong.

Perlantikan Mustapa Ali, Hatta dan Idris akan memberikan tekanan kepada Nik Aziz yang ada mencadangkan Husam Musa dan Mat Sabu dilantik ke Dewan Harian PAS, badan tertinggi parti.

Dalam perkembangan terkini, Nik Aziz berkata hari ini dia tak setuju kenyataan Setiusaha Agung baru Mustafa Ali agar pemimpin PAS dan pembangkang tak lagi cakap isu kerajaan perpaduan.

Kenyataan-kenyataan begini dari Nik Aziz sekadar mengusutkan banyak perkara yang hanya memberikan impak yang kurang menyenangkan kepada banyak pihak.

Namun Mustapa Ali adalah orang lama yang sangat berpengalaman dalam pimpinan Pas yang dijangka mampu meniupkan angin lebih neutral dikalangan pimpinan utama Pas.

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Dalam tingkah laku PAS - jika Nik Aziz sudah hilang kesabaran dan mula emosi, nyata PAS sedang menurun cerun - landai atau curam meekalah yang tentukan.

Keputusan Muktamar Ipoh lebih mulia dan tidak boleh diganjak dari perpaduan sejagat gagasan Hadi.

Anonymous said...

Mustafa Ali pernah jadi SUP masa pas dalam bn ? Patut le nik ajis tak suka kerajaan perpaduan. dia masih dendam tak dapat jawatan dulu kot ? atau dia masih teringat kisah dato asri, predien pas sendiri keluar dari pas.

PARPUKARI said...

ALHAMDULILLAH PAS NAMPAKNYA DAH BETUL-BETUL REFORM....INI SATU PETANDA YANG BAIK BRO!