Wednesday, June 10

Muqabalah @ Muzakarah - Batal kan saja lah

Muqabalah atau muzakarah antara Umno dengan Pas, batalkan sajalah, hanya membuang masa. Pas tidak mahu dan Umno tidak hendak, cuma dua tiga kerat pemimpin kedua-dua parti yang  lebih sudu dari kuah. Mereka sekadar nak cari popularity.

KJ nak cari popular kerana dia tak ada platform lain. Dia bukan menteri, dia bukan timbalan menteri. Platform yang dia ada cuma platform ketua pemuda Umno Malaysia. Dia cuma main politik saja lah untuk kelihatan relevan. KJ tak lah sehebat Anwar dalam Umno dulu.

Waktu Anwar jadi ketua pemuda dia terus wujudkan Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan untuk bantu orang miskin. Dia tubuhkan IKD untuk buat kerja penyelidikan. KJ tak buat apa pun sebagai ketua pemuda Umno Malaysia, cuma goreng sana goreng sini untuk dapat simpati politik.

Dalam PAS pulak Ustaz Nasharuddin, timbalan yang menang, sebenarnya tak bersungguh nak adakan muzakarah. Cumanya bila dia menang puak Erdogan yang kalah kena cari bahan untuk hentam balik ustaz Nasha. Maka isu muqabalah pun digendangkan, rata-rata pimpinan Pas tak mahu rundingan ini diadakan. Untuk rekod Nik Aziz mahaguru maksum Pas sendiri menolak mentah-mentah muqabalah ini.

Jadi untuk apa diteruskan kalau kedua-dua pihak Umno dan Pas tidak ikhlas. Keikhlasan sangat penting, bak kata Tun Mahathir, muqabalah ini elok dan perlu sekiranya kedua-dua pihak ikhlas terhadap tujuan perundingan ini adalah untuk kepentingan Negara.

Nampaknya Umno dan Pas masih terlalu mementingkan periuk nasi sendiri dari kepentingan Islam dan Melayu. Keikhlasan tak nampak dari kedua-dua kem. Masing-masing cuma nak cari kesempatan tai chi antara satu sama lain.

Jadi saranan saya kepada pemimpin Umno, yang penting kerja keras untuk PRU 14. Ketengahkan pemimpin yang bersih dan nampak bersih untuk memimpin parti dan Negara, nescaya rakyat akan bersama kamu.

Kepada pemimpin Pas, saya nak ucap tahniah kerana antum takut dan terus takut apabila terus tunduk dan pengecut dengan telunjuk Dap KAFIRUN dan Anwar MUNAFIKUN. Benar lah kata Sister in Islam, Pas adalah parti yang autokratik dan hipocrate.

2 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Tuan,

Posting yang menarik dan tidak berpihak. Saya amat bersetuju bahawa perkara ini perlu diberhentikan. Noktah.

Quantum Metal Consultant said...

PAS mungkin agak panik apabila menyedari perjuangan Islam kini lebih dipelopori oleh Sister In Islam hingga menenggelamkan mereka yang sebok sebok bangat dengan politik adik beradik dengan PKR dan DAP, bayangkan lepas ni mereka kena hantar rombongan demi rombongan untuk menjelaskan sambil memujuk adik beradik.

Mana ada masa nak cerita semula hal hudud lagipun Karpal masih hidup, nak langkah mayatnya buang masa pula rasanya...

Orang Melayu dan Islam kini sebok dengan membesarkan muZAKARah sampai ketahap muqaBALAH antara minyak lintah, dab, tongkat ali atau power root...

pi mai pi mai..kita lepas ke parit jugaklah..

Lagipun perhatikanlah...towkey mereka dah sampai untuk melabur budi, harta, moral daan nyawa untuk memastikan Penang sampai ke kiamat dalam cemgnkaman mereka..