Semua orang tahu pertentangan antara Zahrin dengan Mansor bukan kecil. Zahrin adalah ketua perhubungan, Mansor adalah TKM yang tak cukup undi majoriti, cuma 46 % sahaja.
Perselisihan ini dijelmakan dari majlis angkat sumpah YDP baru Majlis Perbandaran Seberang Perai Mokhtar Mohd Jait. Majlis itu telah dipulaukan oleh Enam orang ahli majlis yang mewakili Pkr.
Johari Kassim orang lama Pkr Pulau Pinang dan pengikut no wahid Zahrin mendedahkan rupanya Ketua Menteri Guan Eng pernah menjanjikan kerusi YDP diberikan kepada wakil Pkr. Tetapi nampaknya Ketua Menteri itu melanggar janjinya sendiri. Itu yang membuatkan Zahrin dan pengikut-pengikut panas bontot.
Lebih buruk lagi apabila Mansor sendiri yang mengumumkan perlantikan Mokhtar sebagai YDP baru. Mansor juga mengumumkan perlantikan Tan Cheng Chui sebagai Presiden baru Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Untuk rekod semasa pentadbiran Bn di Pulau Pinang kedua-dua kerusi utama ini diberikan kepada orang Melayu. Namun sekarang ia telah diberikan kepada orang bukan Melayu.
Saya tidak bersikap racial tetapi cuma nak menegakkan hak orang Melayu didalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Apabila Tim Ketua Menteri melayu macam Dr Mansor pun tak faham hak dalam Perlembagaan maka hak orang melayu akan tergadai bersama maruah dan tanah airnya.
3 comments:
Malang betul Malaysia sebab dpt parti pembangkang yang bermentaliti kelas ke-3 ni.
tak habis2 dgn politiking. nak kuasa dah dpt kuasa. tapi tak boleh handle dh jd huru-hara.
sepatutnya diorg ni jd bdn yg buat check & balance kpd kerajaan sedia ada. buat apa yg sepatutnya. baru la kebajikan rakyat terjamin.
Ini tidak,dok mengata BN mkn rasuah la, tipu la, gila kuasa la, last2 diorg tu mngata diri sndiri je rupanya.
Tuan,
Patutnya kita ucapkan tahniah kepada UMNO kerana saki baki kabal mereka yang berada dalam PKR masih membarah atau ibarat api dalam sekam.
Pakatan Rakyat ertinya perjuangan untuk rakyat tetapi kalau berpakat untuk kepentingan kelompok apa ertinya pakatan rakyat? Untuk rakyat atau untuk pemimpin semata2?
yang pi percaya kat apek tu buat apa? ayat dia tak boleh pakai punya..dia lantik tak pilih warna kulit konon..yang betoinya senang dia nak control ydp mrlyu tu. Serupu macam kat PDC jugak nama saja GM melayu tapi GM dua, nama Julian (kwn ah eng)yang buat decisions..
ah eng aota..melayu dah seronok..bukak mata la sikit..
Post a Comment