Sunday, June 14

YB Izzah-bapa borek anak rintik

Semalam Yb Nurul Izzah beriya-iya benar mempertahankan ayahandanya. Dia sebut panjang lebar dalam akhbar Sinar. Akhbar sinar ni kadang-kadang lebih harakah dari harakah.

Sinar sering memberikan layanan kelas pertama kepada pemimpin-pemimpin Pkr, Pas atau pun Dap. Dalam satu minggu, hampir lima kali Sinar akan memberikan liputan hebat kepada pakatan pembangkang. Cadangan saya, kita patut boikot akhbar yang cuba perbodohkan rakyat macam Sinar.

Izzah terus pertahankan Anwar mati-matian. Yelah kuah kalau tak tumpah ke pinggan nak tumpah kemana. Namun memperbodohkan rakyat oleh pemimpin muda seperti Izzah adalah amat mengecewakan.

Izzah wajar keluar dari kepompong menipu rakyat yang sudah sebati dalam cara berpolitik bapanya. Izzah adalah pemimpin era baru dan politik baru yang memperjuangan kebenaran. Sebagai pejuang kebenaran, dia harus lari dari cara politik adu domba, politik menghalalkan cara dan politik perkauman mengiyakan kehendak kaum pendatang.

Soal liwat Anwar, Izzah tak perlu pertahankan. Biar mahkamah yang buat keputusan. Kenapa perlu Izzah sangsi dengan sistem kehakiman sekarang kerana mahkamah ini lah yang membebaskan Anwar yang pernah merengkok di Sungai Buloh dek kesalahan yang sama meliwat.

Adakah Izzah mahu menjadi YB yang double standard, melaksananakan undang-undang layanan istimewa untuk bapanya manakala rakyat dengan undang-undang yang lain pula. Kalau begitu Izzah bukan lah YB generasi X yang boleh diharapkan. Izzah rupa-rupanya standardnya sama saja dengan YB baby boomers.

2 comments:

WakJ Zoner said...

Salam Warisan

Saje je B.A.B.i ni nak divert isu liwatnya, maka kuar lah cerita dia sokong chin peng, nak bagi org lupa, tapi aku tak ambil port sngt pasal chin peng ni or manik urai .yg penting sekarag tumpukan pada isu liwatnya yg dah nak dekat ni..Sekrang ni kite seru seluruh bloger BPN tumpukan isu liwat Nuar ni. Orang skrg ni lebih suka dgr cerita liwat bang nuar dari chin peng.

Selamat Berjuang

Anonymous said...

macam mana pulak dgn utusan, rtm, tv3, berita harian yg beri layanan kelas pertama kat bee end????

patut ke kita boikot