Friday, July 3

Dap, Pas dan Babi punya cerita


Sewaktu Lim Guan Eng mula-mula menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, dia pernah berkata bahawa dia akan menjadi seperti khalifah Umar Abd Aziz. Saya rasa dia silap cakap tu. Yang sebenarnya dia nak jadi seperti MB Nik Aziz.

Pertembungan kritikan antara Guan Eng dengan Ds Azizan MB Kedah mengenai isu babi mengesahkan bahawa Guan Eng adalah penyokong kuat Nik Aziz.

Khalifah Umar Abd Aziz adalah pemimpin Islam yang menentang babi. Manakala Nik Aziz adalah pengkhianat Islam yang menyokong penternakan babi moden di Selangor dan N Sembilan.

Guan Eng seperti Nik Aziz adalah pro babi. Hari ini Lim Guan Eng berkata JK Pusat DAP akan bermesyuarat minggu depan membincangkan penarikan DAP Kedah dari kerajaan negeri tu. Pada waktu itu lah keputusan muktamad akan dicapai.

Sementara itu Wakil rakyat tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik (Kota Darulaman) hari ini isytihar dirinya sebagai ADUN bebas dan berkecuali. Dia menyatakan bahawa dia perlu buat keputusan mengikut rakyat kerana dia dipilih oleh rakyat cina di Kedah dan bukannya oleh JK Pusat Dap.

DS Azizan mengalukan-alukan pemergian Lee Guan Aik yang dianggapnya seperti nasi tambah. Ada tak apa, tak ada pun tak apa.

Untuk rekod Azizan adalah penyokong kuat Hj Hadi, yang sedang berhadapan dengan penentangan Nik Aziz secara terang-terangan sekarang.

Tindakan kerajaan Azizan tentunya tidak disenangi oleh Nik Aziz yang pro babi itu.

4 comments:

Gedung Akal said...

BABI, BABI, BABI, BABI, BABI

Sungguh tidak beradab Melayu sekarang. Hari2 maki-maki terutama kat tv.
Babi disebut khinzir sebabnya nak elak kata-kata makian kerana BABI itu memaki bagi budaya Melayu.

BABI sensitif bagi Melayu -nak buat kandang tak boleh tapi nak roboh kandang Cina pulak kata tak boleh..
Kandang babi tengah aloq staq dah 30 tahun tak berani dirobohkan, sebab pemimpin lama takutkan Cina, Bila pemimpin hari ini berani robohkan mana Melayu2 lain nak bantu sokong. Takdak. Sebab Melayu hanya main wayang tak tahu jaga adab Melayu. Melayu tidak bijak lah dalam bab ini.

Quantum Metal Consultant said...

Melayu babi memang dah lama ujud, sejak zaman tok nadoq..

farid said...

Gerakan Gesa MB Kedah Siasat Dakwaan Kuil Dan Tokong Akan Diroboh


ALOR SETAR, 6 Julai (Bernama) -- Pemuda Gerakan Kedah menggesa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan sebuah badan bebas bagi menyiasat dakwaan DAP kononnya kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina di negeri itu.

Ketua Pemuda Gerakan negeri Tan Keng Liang berkata Azizan harus mengambil langkah segera untuk menyiasat dakwaan itu yang dianggap sangat serius dan hasil siasatan itu haruslah diumumkan.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su mengulangi dakwaannya yang beliau mempunyai maklumat mengenai keputusan kerajaan negeri untuk merobohkan sesetengah kuil Hindu dan tokong Cina setelah Azizan mengatakan bahawa sebagai Menteri Besar beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai keputusan itu.

Tan berkata Menteri Besar sepatutnya mengambil serius perkara itu dan bukannya menuduh DAP sengaja menimbulkan kebencian pelbagai kaum apabila membangkitkan isu itu.

-- BERNAMA

Anonymous said...

SLM BRO..MOHON KEBENARAN NAK LINK HEHEHE