'Pernikahan' Dap dan Pas semakin nampak terlerai. Mereka 'kahwin' mashar kot. Atau kerana dek kerana Pkr yang suka main belakang !
Yang terbaru, MB Kedah DS Azizan naik 'angin' dgn dakwaan DAP Kedah yang kerajaan negeri akan merobohkan kuil Hindu dan tokong Cina di negeri tu. Beliau menyifatkan cakap-cakap mulut pemimpin Dap ini semakin melampau.
MB Kedah itu juga mendakwa Dap sengaja nak cetus isu perkauman. Beliau nak Nik Aziz berkomunikasi dengan rakan karibnya Guan Eng agar tidak cetus perkara-perkara yang boleh memburukkan hubungan Pakatan Rakyat diperingkat Pusat.
Sementara itu Lim Guan Eng ada masalah dalamannya yang tersendiri sebagai KM Pulau Pinang. Dia akui tak dapat selesai isu Kampong Buah Pala berseorangan.
KM itu kini dihentam Hindraf sebagai cakap tak serupa bikin. Dia juga dukacita ada orang PKR nak jadi hero isu tu. Dia sifatkan pemimpin itu tikam dia dari belakang.
Oops rupanya tikam menikam dari belakang ini bukan terjadi dalam Pkr saja. Nampaknya Pkr semakin kuat tikamannya, menikam Pas dan menikam Dap. Semoga tujuhan kuat itu tak sampai luka atau berdarah !
3 comments:
auwwwww.....bisanya tikaman anda
kalau kasi negara ini kpd mereka alamatnya hancok la ummah,undi yg akan datang tu harap manusia2 yg nak test market tu insaflah,kasilah undi kpd BN.semua akan aman dan tenang.insyaALLAH.
Itulah ilmu yang DAP dapat dari penasihat PKR, sebab itu kelab gay terbesar di Pulau Pinang tak mampu DAP nak benteras.......
Post a Comment