Tuesday, July 28

Demonstrasi Buku dan Ruas

Kalau kail panjang sejengkal jangan di duga lautan dalam. Kalau beremosi dan perasaan janganlah akhirnya dipenjara tersimpan.

Polis hari ini memberi amaran kepada kumpulan sokong dan bantah ISA jangan berhimpun 1 Ogos ini atau hadapi tindakan tegas kata ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Sabtu Othman.

Khabarnya kedua-dua kumpulan sudah bersiap sedia untuk 'bertempur' di acara demontrasi pada kali ini. Tentunya buku akan bertemu ruas.

Namun demontrasi akan menjadikan KL jam teruk. Tentunya demontrasi akan menjadikan peniaga keluh kesah. Tentunya demontrasi akan menjadi rakyat tidak tenteram.

Demontrasi adalah budaya demokrasi kata setengah orang. Tapi demontrasi juga lah yang menjadikan negara huru-hara. Lihatlah negara Thailand dengan tentera merah dan kuning nya.

Saya masih percaya demontrasi masih perlu tapi laksanakanlah menurut lunas-lunas undang-undang. Kalau undang-undang dicabuli, mereka yang mencabul harus bersedia untuk berhadapan dengan implikasi undang-undang.

Siap-siapkan lah peguam sebagai menyediakan payung sebelum hujan. Berani buat berani tanggung. Jangan baling batu sembunyi tangan.

2 comments:

Anonymous said...

TAKUT ADE PIHAK2 YG AMIK KESEMPATAN STAT BALING BATU MASE PERARAKAN TU NANTI BRO HEHEHE

Anonymous said...

Apa-apa pun nanti, peguam jugak yg akan menerima habuan terpijak..