Wednesday, July 1

Gerakan Pemuda Pas Anti Nik Aziz

MP PKR Kuantan Fuziah Salleh bising-bising depan wartawan di lobi parlimen bila mendengar Pemuda PAS berjumpa Pemuda UMNO nak bincang adakan wacana.

Wacana itu adalah diantara Dewan Pemuda Pas Pusat dengan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

"Nak jumpa apa lagi, kan kita dah tolak," rungut Fuziah bila dengar Ketua Pemuda PAS Nasarudin Tantawi jumpa Naib Ketua Pemuda Razali Ibrahim di Parlimen pagi ini.

Sementara itu Pemuda DAP nampak cemas dengan perkembangan terbaru ini. Ketuanya Loke Siew Fook pertikai keputusan Pemuda PAS nak jumpa Pemuda UMNO. Mereka patut akur pembangkang dah tolak bincang dengan UMNO katanya.

Ust. Nasarudin Tantawi Ketua Pemuda PAS yang menghantar surat pada Pemuda UMNO mencadangkan satu wacana sebagai menggantikan Debat yang diusulkan oleh Nik Aziz, Mursidul Am Pas.

Menurut Pemuda Pas, wacana lebih baik berbanding dengan debat. Debat hanya lebih nak cari kesalahan orang lain, sedangkan kesalahan diri sendiri cuba ditutup. Debat adalah pendekatan yang hanya akan memecahkan perpaduan umat Islam.

Naib Ketua Pemuda Umno Razali Ibrahim berkata Pemuda terima baik cadangan pemuda Pas itu.

Razali juga menyatakan sebelum berwacana Pemuda, PAS kena buktikan keikhlasan mereka masa kempen di Manek Urai.

Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin pula menganggap Pemuda PAS lebih berani mahu terus berwacana dengan Pemuda UMNO walaupun pimpinan atasan parti itu ditekan PKR dan DAP.

Telah menjadi rahsia umum saf Pemuda Pas kini adalah kumpulan yang cenderung kepada Ust Nasharuddin, Timbalan Presiden Pas. Mereka dikata amat tidak sebulu dengan tindakan kumpulan Erdogan yang menggunakan jalan belakang untuk menghalang rundingan Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Hj Hadi, Presiden Pas.

Menurut sumber, mereka juga mempunyai sikap was-was terhadap beberapa keputusan dan tindakan serta percaturan Anwar Ibrahim yang mereka anggap memperjudikan masa depan umat Islam di Malaysia.

Mereka juga makin curiga dengan sikap dan tindakan Mursidul Am Pas yang menentang habis-habisan cadangan Presiden parti.

2 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Hidup Melayu ... Hidup Islam

PELIWAT BANGSA said...

woi kapal da lama sound..enough.. so much trouble to the country..tobat nuar..tobat nuar.. org melayu kata..hang da jadi Peliwat Bangsa.. Hang tak sedaq ka... itula pasai hang kena msk penjara.. PakLh suruh rehat, tobattt, duduk surau sufi tu, jgn meliwat.... Tp hang makan tongkat ali kasi lg kuat, lg hebat, bini hang da expired, hang nk tabuq kat mana. hang da xblh contact nala pun. dia pun da tobat, kapal nasihaT, xnak lg suply service pa2..UMUR da SIKIT ja.. ingatla ANAK CUCU kita dbwh DAP jugak JAGA...