warisan malaya. belajar lah dari sejarah, hayatilah falsafah perlembagaan negara, nescaya kalian boleh hidup dalam harmoni, aman dan sejahtera 1000 tahun lagi.
Wednesday, July 1
GLC masih TIDUR
Ramai tokey-tokey GLC yang masih tidur. Mereka sangat lena.
Tatkala negara sedang dalam proses penjajahan oleh parti PAP Lee Kuan Yew , UMNO sedang berdepan dengan ancaman kepupusan, tokey-tokey GLC ini masih bergentayangan dengan kemewahan, gaji besar, pejabat besar, kereta besar.
Ada yang sudah mempunyai kroni sendiri didalam GLC mereka. Ada yang langsung tidak melihat perjuangan UMNO itu penting untuk konglomerat negara ini. Ada yang membantu geng-geng reformist untuk terus hidup. Ada yang dengan tak segan silu kata "UMNO is irrelevant".
Mereka tahukah mereka ada disitu kerana UMNO yang perjuangkan penubuhan kesemua GLC ini? Mereka tahukah mereka ada disitu kerana perjuangan rakyat yang majoriti meletakkan UMNO dan BN sebagai parti yang memerintah. Mereka tahukah jikalau PAP memerintah, confirm mereka akan diganti dengan bangsa Cina dan India seperti apa yang berlaku di bumi Temasik.
Kita minta DS Najib godak mereka ini. Kita mahukan Tokey GLC, Pengurus Kanan GLC, Pengurus GLC, Pegawai GLC, kakitangan GLC yang ada jati diri terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara.
Apa yang ditulis oleh Sdr Hafarizam Harun dalam blognya Penasihat Undang-undang UMNO, menarik perhatian saya. Sesuai dengan pepatah melayu, monyet dihutan disusukan, anak dirumah mati tak makan.
" Pemimpin UMNO please ACT, don't TALK ONLY".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tuan Hafidzun,
Isteri saya pernah berhadapan dengan situasi di mana satu GLC terbesar negara telah menghalau kumpulan pemasaran mereka kerana bencikan Datuk Mukriz (pada masa itu menjadi Pengerusi syarikat) dan memberikan sokongan padu kepada Al Juburi. UMNO mesti melihat pentadbiran GLC sebegini yang menjadi duri dalam daging.
Inilah pengkhianat bangsa Melayu, serupa dengan binatang yan bernama "SESUMPAH" mudah bertukar warna dan wajah untuk kepentingan perut sendiri.
DS Najib perlu segera menghumban manusia seperti ini jauh-jauh kalau mahu bangsa terus bermaruah.
Ini adalah perkara yang amat serious. GLC seperti TM dan TNB mengawal apa yang disebut sebagai "essential services (critical sectors)" negara ini. GLC seperti TM dan TNB adalah monopoli dalam sektor-sektor telekomunikasi dan tenaga. Apabila sebuah negara luar mahu menguasai Malaysia atau berperang dengannya, antara sasaran pertama adalah pusat-pusat tenaga dan telekom.
Jika pihak pembangkang atau anasir-anasir luar mengawal atau menguasai GLC seperti ini, maka negara kita boleh berada dalam bahaya. Perkara ini adalah isu keselamatan negara!
Selain dari blog-blog saudara dan penasihat undang-undang UMNO, nampaknya isu ini tidak ditimbulkan oleh blog-blog lain. Blog-blog yang terkenal seperti Rocky Bru, A Voice dan lain sepatut memberi perhatian kepada isu ini.
Pihak Kerajaan mesti melakukan sesuatu dengan pantas dan tegas. Atau adakah ia memang tidak sedar atau alpa tentang perkara ini?
Assalamualaikum tuan. Tahniah atas pandangan yang bernas. Memang terlalu ramai kakitangan GLC sekarang sokong pembangkang. Pada mereka, kerajaan tak berani bertindak.
BAM AL-HAJ www.backtobasic561.blogspot.com
Post a Comment