Wednesday, July 22

Inkues dan Suruhanjaya Diraja

DS Najib mengumumkan kabinet bersetuju menubuhkan inkues, sebuah jawatankuasa bebas khas untuk menyiasat kes Teo. Inkues ini akan diketuai oleh seorang majistret bagi menyiasat punca kematian Teo Beng Hock. Inkues akan memulakan tugasnya minggu depan.

Kabinet juga bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi kaji prosedur soal siasat SPRM. Ia akan menentukan samaada berlaku pencabulan hak asasi semasa soal siasat kes SPRM atau tidak.

Kabinet juga mengarah KDN & Polis menyelesaikan segera siasatan kes Teo. Polis juga akan mengumumkan laporan kepada orang ramai.

Kerana amat prihatin peristiwa yang berlaku, PM sendiri akan memaklumkan kepada keluarga Teo hasil siasatan yang dibuat.

DS Najib menafikan laporan Malaysian Insider (sebuah news portal) bahawa kerajaan arah SPRM henti siasat rasuah dan penyelewengan Adun dan Exco Kerajaan Negeri Selangor. Menurutnya kerajaan tidak campurtangan langsung dalam perkara itu.

Siasatan akan diteruskan jika masih ada lagi yang perlu disiasat atau selidiki. SPRM adalah sebuah Suruhanjaya bebas yang boleh menyiasat sesiapa sahaja samada Adun pembangkang atau Adun BN.

Sebelum ini ramai Adun BN yang disiasat dan BN tidak pernah mempolitikkan perkara ini kerana yakin tanggungjawab kepada rakyat harus diutamakan.

No comments: