Thursday, July 23

Nizar SYIRIK - Bekas Mufti


Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain berkata, tindakan mereka antaranya menyertai perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian, jelas merupakan salah satu upacara dalam agama Kristian.

Beliau berkata, pemimpin terbabit harus sedar bahawa penyertaan mereka dalam urusan agama lain boleh mencacatkan akidah dan jika itu yang berlaku, mereka wajib bertaubat.

"Saya bercakap bukan sebab Pas atau UMNO tetapi saya bercakap atas dasar hukum serta ketetapan dalam Islam. Sama ada mereka orang Pas atau UMNO jika mereka terlibat di dalam perhimpunan lilin, kesannya amat buruk.

"Saya bersetuju perbuatan ini boleh mencacatkan akidah atau dengan kata lain hukumnya syirik. Dalam perkara ini saya ingin membuat satu persoalan, adakah kita terlalu mengharapkan manfaat dunia yang bersifat sementara hingga sanggup menggadai agama sendiri,'' katanya di sini semalam.

Dalam perkembangan sama Mohammad Yusoff yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya menziarah kematian yang melibatkan orang bukan Islam tetapi mereka tidak dibenarkan sama sekali terbabit dalam sebarang upacara berbentuk keagamaan.

"Manakala perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian adalah urusan agama dan umat Islam dilarang keras daripada terlibat dengan upacara seperti itu,'' katanya lagi.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menegaskan :
"umat Islam yang menyertai perhimpunan lilin bagi apa tujuan sekalipun telah melakukan syirik."

"Golongan pemimpin atau rakyat beragama Islam harus sedar bahawa tindakan mereka menyertai upacara seperti itu adalah sia-sia dan boleh mendatangkan mudarat terhadap pegangan iktikad seseorang.

Mahmood Zuhdi memberitahu, keadaan tersebut berpunca daripada amalan politik melampau yang sanggup mengetepikan soal agama serta prinsip-prinsip keimanan.

Sambil menyifatkan budaya itu sebagai politik rakus, beliau berkata, ia telah membuatkan syariat Islam yang sepatutnya menjadi panduan telah dilanggar begitu sahaja.

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).

Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu antara lain:
"Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik."

"Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim."

Nas dalam perkara ini sangat jelas disebut dalam surah Al Kafirun dan Surah al-Ma’idah, ayat 72 yang maksudnya :
“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka”
serta Surah an-Nisa’, ayat 48 yang maksudnya :
“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”

Namun parti yang menggunakan nama Islam untuk kepentingan Politik akan mempolitikkan segala-galanya untuk mendapatkan kuasa dengan rakus untuk hajat keduniaan tembolok pemimpin-pemimpin mereka.

Mereka ini akan terus memesongkan akidah umat Islam dan terus bersengkokol dengan musuh-musuh Islam yang akan bertepuk meriah kemenangan setelah aqidah kita umat Islam dipesongkan dari pegangan kita.

Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja semata-mata, Akhirat juga tempat kekal abadi selamanya.

15 comments:

Ahmad Putra said...

bagaimana pula dngan meletak bunga di tugu negara?

Ada Tok Peti nak ulas??

bekerlyperak said...

NAUZUBILLAHMINZALIQ. JAUHKAH LAH DARI SIFAT SYIRIK (MENYENGUTUKAN ALLAH) SEPERTI MEREKA YANG TIADA PEGANGAN AGAMA. BERTAUBAT LAH WAHAI NIZAR.

Cucu Tok Selampit said...

Nizar cakap, Syirik pun syirik lah. Janji Nga-Ngeh suka.

hk said...

Sdr Ahmad,
Majlis Fatwa pernah menyentuh isu Tugu Negara. Mohon sdr "highlight" kan. Terima kasih.

Anonymous said...

org PAS memang mcm tu... klu org lain buat, "haram"...klu puak depa yg buat, "halal"... sesama islam dimusuhi, yg terang2 tolak islam mcm DAP & PKR dijadikan sahabat.. ckp tak serupa bikin...munafik!

Anonymous said...

mmg kurang ajar pengikut PAS ni... mufti pun dipanggil Tok Peti... SETAN LAKNAT SUNGGUH...

Anonymous said...

nyalakan rokok macammana pula. Hampa ni tarak kerja lainkah.

Anonymous said...

Masukkan dalam Media Perdana dan perbesarkan isu letak bunga di Tugu Negara!!

Robohkan Tugu Negara. Patung Tunku Abdul Rahman pun saya rasa ada di muzium patut di hapuskan

Jangan pasang lilin kalau blackout ,nanti syirik

YANG GAMBI said...

Salam,

Bila UMNO dilebel kafir dan ajaran sesat oleh Nicky Ajis kerana meletakkan bangsa & kebangsaan sebagai asas perjuangan....., bagaimana pula dengan PAS ?

PAS, mempergunakan agama untuk menipu@memecahbelahkan umat, bagaimana pula ?

Tak hairanlah kalau NIzar berani melakukan perbuatan seperti itu. PAS adalah parti ajaran sesat.....

Anonymous said...

Nampaknya para pemimpin utama Pakatan dah meng'check mate' penyokong2 serta pengundi2 sendiri sehingga kelu lidah tak berkata2. Rata2 tiada komen lansung dari puak tu di arena blog yg memperkatakan tentang upacara memmang lilin serta menunduk kepala di depan colok. Malah ramai teman2 yg saya kenali serta ketahui sebagai penyokong kuat Pakatan sudah mula berbelah-bagi apakah mereka telah menyokong pihak yg lurus lagi benar ataupun mereka sedang mengikuti pemimpim yg membawa jahanam.

Selalunya mereka ni lah yg paling lantang menghentam serta menegakkan benang basah. Hinggakan TG Nik Ajis pun tak sanggup nak keluarkan fatwa.Agaknya doa serta solat hajat yg mereka lakukan supaya Tuhan menunjukkan kebenaran serta memberikan keadilan dh dimakbulkan...

Saya amat tersentuh dengan salah satu komen yg saya baca yg antara petikannya :

"Saya teringat akan surah Al-Kafirun, dalam Al Quran, yang maksudnya..

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2]“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”

Anonymous said...

pak lah pun syirik ler mcm tu? duk kalung bunga kt tugu negara..pastu adun2 umno main bomoh kt suk??hahaha..bangang tul ler umno ni..

Anonymous said...

kenapa lahhh mereka ni tak sedar2. anwar tu peliwattt ...percaya lah ....cari lah kebenaran.

jangan la bersikap kepala batu, cari lah .....insyaAllah anta akan terjumpa kebenaran.

Ismail

Anonymous said...

ore klate

sebenarnya saudara, DS Nizar pegang lilin pada pandangan saya bukan isu yg besar, semua terletak pada niat, kalau niat itu memang nak meniru amalan agama org lain, haram hukumnya, niat YB nizar adalah utk menunjukan kesepakatan dalam menegakkan keadilan dan simpati semata-mata, tiada niat sekulimit dalam hatinya utk melakukan amalan agama org lain,lainlah mayat si teoh itu ada didepan mereka itu memang salah disisi agama islam.kalau YB nizar nak pegang apa pun boleh spt keris, kayu hoki, pedang samurai, pegang lilin itu bukan semata-mata adat agama lain, peganglah apapun yg penting niat kita,

kalau kita rasa nak pegang saudara warisan2057 sebagai tanda kesedihan dan protes ketidakadilan akibat tindakan melampau pihak berkuasa pun boleh, tak salah, kecualilah pegang saudara utk tujuan penyembahan selain daripada Allah SWT.

Nabi pun menghormati org yahudi yng mati, dimana mayatnya lalu dihadapan Rasulullah SAW.cuma nabi tak pegang barang.Yang pentingnya nabi menghormati mayat tersebut kerana mahkluk Allah SWT semata-mata, bukan sebab agama org itu.

kesimpulan disini ialah kalaulah yg pegang lilin itu Pemimpin 1Malaysia UMNO/BN, maka akan disokonglah oleh professor dan mufti pengampu utk menunjukkan perbuatan itu tidak salah disisi agama. cuma benda ini dibuat oleh YB Nizar yg datang dari bkan sealiran dengan pihak pemerintah maka salah se salahnya perbuatan itu tanpa rujukan kepada mereka yg muktabar.

inilah sifat hipokrit puak-puak pengampu pemerintah 1Malaysia.isu yang lebih besar tak nampak,iaitu tentang ketidak adilan siasatan berpilih SPRM,samalah dgn selogan mereka, 1Malaysia, Kes PR didahulukan,kes BN diutamakan selamat.

sekian, terima kasih jumpa lagi.

Anonymous said...

kalau orang pas tu orang pas la jugak..depa ja yang pandai ugama..sampai kata Allah bagi mencarut dan macam-macam yang pelik lagi..ni lah sifat jenis undi depa masuk syurga..jangan taksub dan besaq kepala sangat sampai rasa tak pernah buat salah..

ore kpg buah pala

Anonymous said...

Tajuk : Upacara Hari Pahlawan di tugu peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=608

Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.