Ini adalah perkara yang amat serious. GLC seperti ... Ini adalah perkara yang amat serious. GLC seperti TM dan TNB mengawal apa yang disebut sebagai "essential services (critical sectors)" negara ini. GLC seperti TM dan TNB adalah monopoli dalam sektor-sektor telekomunikasi dan tenaga. Apabila sebuah negara luar mahu menguasai Malaysia atau berperang dengannya, antara sasaran pertama adalah pusat-pusat tenaga dan telekom.
Jika pihak pembangkang atau anasir-anasir luar mengawal atau menguasai GLC seperti ini, maka negara kita boleh berada dalam bahaya. Perkara ini adalah isu keselamatan negara!
Selain dari blog-blog saudara dan penasihat undang-undang UMNO, nampaknya isu ini tidak ditimbulkan oleh blog-blog lain. Blog-blog yang terkenal seperti Rocky Bru, A Voice dan lain sepatut memberi perhatian kepada isu ini.
Pihak Kerajaan mesti melakukan sesuatu dengan pantas dan tegas. Atau adakah ia memang tidak sedar atau alpa tentang perkara ini?
Terima kasih kepada Sdr pengirim komen. Saya bersetuju bahawa ada Perkhidmatan GLC yang melibatkan soal keselamatan negara. Ini ada disebut dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan:
Perkara 149-Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.Barang diingat Akta Keselamatan Dalam Negeri digubal dengan menggunakan peruntukkan perkara ini.
(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.
Oleh yang demikian kita ingin mengingatkan sekali lagi kepimpinan kerajaan untuk bertindak segera menangani karenah tokey-tokey GLC ini sebelum nasi menjadi bubur.
Sekali lagi 'Issue GLC-its serious matter, don't play-play wokey !'
1 comment:
GLC teramat penting.Semua akan jadi baik jika kerajaan persekutuan kuat.Mandat rakyat diperlukan utk menjaga kepentingan GLC2 ini.Hanya UMNO/BN saja yg boleh memakmurkan negara Malaysia yg tercinta ini.Awas Malaysia.Harap kita semua dapat nyahkan 90% dari kerusi pembangkang dalam parlimen pd pru 13 nanti.
Post a Comment