Tuesday, July 14

Lapuran MU 10

Peti Undi Temelir yang diselia DS Shahidan menang 25 undi berbanding kalah pada p/raya lalu sebanyak 165 undi. Ini petanda baik buat BN katanya.

Rasmi setakat ini. Daripada 28 peti undi SPR dah umum keputusan 23 peti undi. PAS 4,335 dan BN 4,299. Maj PAS 36. 5 lagi peti undi belum diumum.

Di skrin SPR dalam dewan dah tunjuk calon PAS 5,348 undi manakala BN 5,283 majoriti 65 undi. Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dah masuk dewan.

Walaupun menang suasana dalam dewan penjumlahan undi muram. Tiada sorakan atau laungan takbir para penyokong PAS sambut kemenangan 65 majoriti.

Komen Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan, UMNO dah usaha sedaya mungkin. Dulu PAS menang 1352 kini 65. MU beri banyak hikmah untuk mantapkan UMNO.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: